Tuesday, November 5

Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk dapatkan ‘yang sebenar!’

Dalam keadaan cuaca panas, mata  paling cepat mengalami kesan seperti iritasi atau kekeringan menyebabkan bertukar kemerah-merahan atau berasa pedih apabila digosok dengan jari.

Luqman menggunakan Eye Mo untuk kesihatan mata.

Sehubungan itu elakkan menggosok mata sekiranya berasa gatal atau gunakan titisan mata Eye Mo bagi mengatasi masalah berkenaan.

Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto berkata, Eye Mo melancarkan Kempen “The Real Thing” untuk terus meningkatkan kesedaran bahawa Eye Mo sudah kembali di pasaran.

Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto

“Kempen ini juga bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk bertegas meminta Eye Mo apabila mereka mahukan Eye Mo dan bukan jenama lain.

“Hanya ada satu Eye Mo, produk sebenar yang diketahui dan dipercayai oleh rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun bagi meringankan masalah deria kita yang paling penting, mata,” katanya pada majlis pelancaran Eye Mo yang dilakukan secara dalam talian.

Eye Mo sangat sinonim dengan ubat titis mata sehingga ramai pengguna menggunakan istilah “Eye Mo” untuk merujuk kepada ubat titis mata sebagai satu kategori, bukan sekadar produk.

Weitarsa ​​menambah, jenama berkenaan terkenal kerana kemujarabannya dan dipercayai bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Filipina, Kemboja, Mexico, Brunei Darussalam.

Untuk meningkatkan kempen ini dan menjadikannya lebih nyata untuk rakyat Malaysia, Eye Mo telah mendapatkan Luqman Podolski, pencipta kandungan yang popular dan terkenal, untuk berhubung dengan pengguna yang lebih muda di Malaysia.

Luqman Podolski berkata, beliau teruja dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada kempen The Real Thing dengan jenama hebat yang sudah sekian lama berada di pasaran.

“Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga Eye Mo untuk mendidik rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka untuk mendapatkan The Real Thing. Saya sentiasa meminta produk yang sebenar untuk menikmati kehidupan sepenuhnya.”

“Sebagai contoh, apabila saya membeli barangan penjagaan diri, walaupun kakitangan promosi menawarkan produk yang serupa, saya tidak akan terima. Bagi saya, serupa tidak bermakna sama,” tegasnya lagi.

Luqman teruja dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada kempen The Real Thing

Di Malaysia, Eye Mo menawarkan dua varian: Eye Mo Regular, direka untuk membantu menenangkan dan melegakan iritasi mata yang ringan atau rasa pedih pada mata yang disebabkan oleh asap dan habuk; dan Eye Mo Moist, untuk melembapkan dan menyegarkan mata yang menjadi kering dan letih akibat membaca atau bekerja berjam-jam di hadapan komputer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *