Thursday, April 25

Energizer lancar Armor All untuk penjagaan kereta maksimum

ENERGIZER melancarkan produk terbaru untuk penjagaan kereta bermutu tinggi di bawah label Armor All.

Diana Lee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk Armor All yang diadakan secara dalam talian.

Pengarah Perniagaan – Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc, Diana Lee berkata, pihaknya memahami keperluan pelanggan, termasuklah keperluan pemilik kereta yang berubah-ubah ketika pandemik ini, sekali gus menjadikannya sebagai peluang untuk memasuki segmen penjagaan kereta di Malaysia.

“Kualiti formulasi Armor All® membolehkan kami menawarkan produk penjagaan kereta yang berkesan, yang menjadikan kereta kelihatan lebih menarik dengan harga yang berpatutan.

“Dengan pelbagai rangkaian produk semua dalam satu dan juga produk penggunaan satu langkah yang ada,  mudah untuk mendapatkan hasil bertaraf profesional di rumah, sebagaimana dijanjikan oleh slogan ‘Kelihatan cantik dengan mudah,” katanya pada majlis pelancaran berkenaan yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pemasaran – Malaysia, Singapura & Indonesia, Energizer Holdings Inc, Aaron Abner Ang dan pakar kereta YS Khong, GC Mah, Alex Yoong dan Tengku Djan.

(Dari kiri) Alex Yoong, Tengku Djan, GC Mah dan YS Khong.

Energizer Malaysia meluaskan portfolio jenamanya di Malaysia dengan pelancaran rasmi Armor All® – jenama terkemuka produk penjagaan kereta berkualiti tinggi. sinonim dengan pengeluaran inovasi dan teknologi baharu di dunia.

Sementara itu, Aaron berkata,  mereka yakin yang Armor All® mampu menjadi ‘game changer’ bagi ruangan produk penjagaan kereta untuk pengguna di Malaysia.

“Sebagai syarikat pengguna dengan pelbagai jenama terkemuka, Energizer ingin menjadi pemimpin dalam memberikan nilai kepada pelanggan dan pengguna.

Untuk meningkatkan pendedahan terhadap Armor All®, kami telah menceburi dunia Grand Prix, dengan melantik Jenson Button sebagai duta global pertama untuk Armor All®,” katanya.

Pengelap Kulit dan Gel Penjagaan Kulit melindungi tempat duduk kereta buatan kulit.

.Empat produk baru ditawarkan adalahArmor All® Protectant, Pembersih Roda & Tayar, Pembersih Kaca Armor dan Pengelap Kulit dan Gel Penjagaan Kulit.

Bahagian Luar dan Papan Pemuka

Protectant memberi tumpuan kepada permukaan dalaman kereta kerana setiap hari, kereta kita terdedah kepada habuk, kotoran dan unsur merosakkan seperti sinar UV dan pengoksidaan.

Pembersih Roda & Tayar dengan tiga rumusan ini menyerlahkan kegemilangan tersembunyi tayar dan rim kereta.

Roda dan Tayar

Pembersih Roda & Tayar dengan tiga rumusan ini melarutkan minyak, kotoran jalan dan debu brek untuk menyerlahkan kegemilangan tersembunyi tayar dan rim kereta.

Pembersih pelbagai guna Armor All.

Cermin dan Kaca

Pembersih Kaca pula dirumuskan khas untuk memastikan cermin depan dan tingkap kereta memberikan tahap kejelasan yang optimum.

Tempat Duduk Buatan Kulit

Pengelap Kulit dan Gel Penjagaan Kulit pula melindungi tempat duduk kereta buatan kulit iaitu tempat di mana anda menghabiskan paling banyak masa semasa berada di dalam kereta.

Rangkain produk Armor All® boleh didapati di semua cawangan Tesco / Lotus’s (di lebih 40 pasaraya) dan lain-lain rangkaian pasaraya terpilih. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.armorall.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *