i-Sihat

Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel
i-Sihat

Atasi Dermatitis Atopik dengan Relizema Dermarel

Dermatitis Atopik (DA) atau Ekzema Atopik adalah penyakit kronik yang penghidapnya lebih 20 peratus adalah kanak-kanak dan 8 peratus orang dewasa di seluruh dunia. Jumlah global yang dianggarkan adalah sekitar 230 juta itu terus bertambah, terutamanya di Asia, Afrika dan di Eropah Barat serta sebahagian Eropah Utara. Sapuan krim mengandungi emolien boleh mengatasi keradangan dan kegatalan pada kulit. Pengurus Produk Kumpulan bagi Portfolio Respiratori, Dermatologi & Kesakitan di A Menarini Singapore Pte Ltd, Christy Phang berkata, disebabkan DA adalah satu keadaan kronik yang masih tiada penawar, rawatan perlulah dirancang secara jangka panjang dan perhatian khusus haruslah diberikan kepada aspek keselamatan jangka panjang juga. “Menerusi empat komponen utama, iaitu...
Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih
i-Sihat

Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih

Sebagaimana kulit wajah yang menjadi keutamaan dalam penjagaan harian, gigi juga adalah antara perkara penting yang perlu dijaga. Jangan fikir apabila melihat gigi tersusun cantik bak mutiara, ia bebas daripada sebarang masalah atau kerosakan. Berus kecil yang boleh didapati dalam pelbagai warna ini berfungsi membersikan gigi hingga ke bahagian yang paling dalam (gambar hiasan). Kredit foto: Lazada.com Ini kerana bakteria yang ada di dalam mulut akan bertindak merosakkan tulang gigi seterusnya akan berlaku kerosakan yang lebih teruk terhadap gigi. Keadaan itu boleh menyebabkan nafas berbau, gigi dan gusi juga akan terjejas teruk. Doktor Nur Ayman Ab Haei dari klinik pergigian di Ampang, berkata ada banyak alat permbersih gigi yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerosakan ...
Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit
i-Sihat

Mikroalga bantu alami penuaan secara sihat, tiada penyakit

Penting bagi setiap individu melindungi diri daripada tekanan oksidatif yang disebakan radikal bebas  yang ada di dalam sel tubuh badan kerana radikal bebas boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Antara penyakit kronik berpunca daripada radikal bebas adalah seperti barah, kencing manis, Alzhemeir dan penyakit berkaitan kardiovaskular. Radikal bebas dalam sel badan juga akan menyebabkan berlakunya kerosakan sel, protein dan DNA tubuh badan manusia. Prof Arbakariya (kiri) dan Lee Bin Hao ketika ditemui usai majlis berkenaan. Foto: Arkib Zona Suri. Sehubungan itu, antioksidan diperlukan oleh setiap individu bagi mengelakkan badan berhadapan masalah yang membawa kepada penuaan pramatang termasuklah faktor yang lebih memburukkan lagi tahap kesihatan seperti gaya hidup, te...
Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna
i-Sihat

Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan peningkatan mendadak jumlah pesakit diabetes di Malaysia yang berusia lebih 18 tahun, iaitu daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019. Bubur oat Glucerna boleh dinikmati tanpa perlu risau glukos di dalam darah. Gambar: Arkib Zona Suri. Angka berkenaan menunjukkan diabetes antara penyakit yang disebabkan oleh amalan gaya hidup tidak sihat yang wajar ditangani segera sekiranya tidak mahu hidup terjejas disebabkan penyakit berkenaan. Diabetes berlaku apabila insulin dalam badan tidak dapat mengawal atau menurunkan tahap glukos yang tinggi di dalam darah seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit lain muncul sekiranya tidak ditangani dengan berkesan. Oktober lalu, Abbott telah menjalankan satu ti...
NKF bantu kurangkan beban pesakit buah pinggang
i-Sihat

NKF bantu kurangkan beban pesakit buah pinggang

KUALA LUMPUR: Kegagalan buah pinggang sering dianggap penyakit ‘orang kaya’ berikutan rawatannya yang agak mahal. Pesakit bukan sahaja perlu menjaga pemakanannya, tetapi juga melakukan rawatan dialisis antara dua hingga tiga kali seminggu, sepanjang hayat. Dianggarkan rawatan bagi seorang pesakit buah pinggang adalah kira-kira antara RM700 hingga mencecah ribuan ringgit sebulan. Bagi pesakit yang kurang berkemampuan, lazimnya rawatan dialisis boleh dilakukan di hospital kerajaan, manakala bagi bekas penjawat awam kos rawatan akan ditanggung kerajaan. Menyedari keperluan itu, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) melancarkan Program Bantuan Kacang Merah atau Red Bean Assistance Programme bagi membantu pesakit buah pinggang. Program yang dilancarkan pada 1 Ogos 2019 d...
Beauty & Co tawar rawatan baharu atasi masalah inkontinens wanita
i-Sihat

Beauty & Co tawar rawatan baharu atasi masalah inkontinens wanita

KUALA LUMPUR: Kebanyakan wanita akan mengalami masalah mudah terkucil selepas bersalin terutama ketika batuk, malah dalam keadaan tertentu masalah berkenaan boleh berlaku ketika ketawa. Menurut portal MyHealth, masalah berkenaan dikenali sebagai inkontinens stres yang lazimnya disebabkan otot lantai pelvis (pinggul) menjadi lemah selepas kelahiran atau putus haid (menopaus). Inkontinens (incontinence) atau kegagalan kawalan pundi kencing adalah keadaan yang dicirikan dengan kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinens urin). Masalah ini lazimnya berlaku dalam kalangan wanita, namun lelaki juga boleh mengalami masalah ini terutama selepas pembedahan kelenjar prostat. Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 30 peratus wanita mengalami masalah itu. Selain senaman kegel yang ...
Penggunaan gajet digital punca mata letih
i-Sihat

Penggunaan gajet digital punca mata letih

KUALA LUMPUR: Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Januari 2020 menyebabkan berlaku perubahan besar dalam kehidupan manusia khususnya dalam pembudayaan norma baharu yang menyaksikan kebergantungan tinggi terhadap gajet digital. Kebanyakan masyarakat dilihat lebih berhati-hati dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah termasuk memilih untuk terus bekerja dari rumah dan melakukan aktiviti hiburan termasuk menonton televisyen sebagai menyokong inisiatif kerajaan dalam membendung penularan COVID-19. Perubahan itu secara tidak langsung meningkatkan penggunaan digital dalam kehidupan harian apabila kajian mendapati 17 peratus rakyat Malaysia meluangkan masa menggunakan media sosial selama sembilan jam sehari, malah penggunaan televisyen meningkat dua kali ganda khususnya s...
Ketahui 5 cara makan enak tanpa garam
i-Sihat

Ketahui 5 cara makan enak tanpa garam

Berapa banyak garam terkandung dalam makanan sebegini? Foto: Zona Suri. Memasak tanpa garam boleh diibaratkan seperti lagu tanpa irama kerana semuanya akan terasa tawar dan hambar, namun bagi individu yang berhadapan masalah hipertensi atau darah tinggi, mereka tentunya mampu untuk menikmati makanan tanpa garam bagi mengelakkan risiko yang lebih teruk terhadap penyakit dialami.. Tidak dinafikan garam agen penyedap dalam masakan atau makanan yang dimakan, namun sedarkah kita natijah daripada pengambilan garam berlebihan? Bukan tidak boleh mengambil garam di dalam makanan yang dimakan setiap hari, namun kita perlu tahu jumlah yang sepatutnya boleh diambil bagi mengelakkan kesihatan terjejas oleh bahan yang masin itu. Terdapat pelbagai jenis garam di pasaran seperti seperti garam...
5 sebab mengapa perlu kerap membasuh tangan
i-Sihat

5 sebab mengapa perlu kerap membasuh tangan

Wajib membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (Gambar kredit Eat This, Not That) KUALA LUMPUR: Makan menggunakan tangan antara budaya masyarakat Timur khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Oleh itu, membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepas mengguna tandas bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat di negara ini. Ada juga sesetengah masyarakat yang ‘malas’ membasuh tangan sebelum makan kerana beranggapan tangan mereka agak bersih kerana tidak nampak kotoran yang nyata. Bagaimanapun dalam keadaan ketika ini terutama ketika wabak COVID-19 masih lagi menjadi ancaman, membasuh tangan sama ada sebelum atau selepas makan wajib dijadikan norma baharu. Sejak penularan wabak COVID-19 di kesan di Malaysia pada 23 Januari lalu, Kementerian Kesi...
Cara mudah mengenal pasti ketulenan madu
i-Sihat

Cara mudah mengenal pasti ketulenan madu

KUALA LUMPUR: Madu mempunyai pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Bagaimanapun, tidak semua madu yang ada di pasaran asli kerana kebanyakannya sama ada dicampur gula ataupun diperbuat daripada gula. Ada yang mengatakan madu yang tidak asli akan dikeremuni semut kerana kandungan gula, manakala madu asli tidak akan didekati semut. Di Malaysia, madu asli dihasilkan oleh dua jenis lebah iaitu lebah madu (lebah) dan lebah kelulut (kelulut). Lebah madu adalah lebah yang menyengat (stinging bee), manakala lebah kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee). Kajian beberapa penyelidik tempatan antaranya penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail mendapati madu bukan sahaja boleh mengurangkan batuk, tetapi juga...