Wednesday, April 24

Tangani diabetes secara berkesan dengan Glucerna

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 menunjukkan peningkatan mendadak jumlah pesakit diabetes di Malaysia yang berusia lebih 18 tahun, iaitu daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada 2019.

Bubur oat Glucerna boleh dinikmati tanpa perlu risau glukos di dalam darah. Gambar: Arkib Zona Suri.

Angka berkenaan menunjukkan diabetes antara penyakit yang disebabkan oleh amalan gaya hidup tidak sihat yang wajar ditangani segera sekiranya tidak mahu hidup terjejas disebabkan penyakit berkenaan.

Diabetes berlaku apabila insulin dalam badan tidak dapat mengawal atau menurunkan tahap glukos yang tinggi di dalam darah seterusnya menyebabkan pelbagai penyakit lain muncul sekiranya tidak ditangani dengan berkesan.

Oktober lalu, Abbott telah menjalankan satu tinjauan dalam kalangan pesakit diabetes di negara ini termasuk kaedah bagi mencari penyelesaian dalam memperkasakan pesakit. Seramai 158 responden yang terdiri daripada penghidap diabetes dan penjaga pesakit diabetes terlibat dalam kaji selidik itu.

Pesakit diabetis boleh mengambil Glucerna tanpa perlu risau akan glukos di
dalam darah. (Gambar: Zona Suri
)

Hasil diperolehi menunjukkan bahawa responden mahu meningkatkan keupayaan menguruskan pemakanan mereka, melalui penyelesaian yang mengurangkan tekanan akibat mengikuti pengambilan makanan seimbang khusus untuk penghidap diabetes.

Dua penyelesaian yang dirasakan paling membantu adalah hidangan mesra diabetes yang mudah didapati dan mampu dibeli (88 peratus) dan makanan tambahan spesifik kepada diabetes untuk menggantikan hidangan atau snek (91 peratus).

Pengarah Perubatan untuk Perniagaan Pemakanan, Abbott Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata terdapat formula khusus sebagai penyelesaian terhadap pesakit diabetes.

“Formula khusus bagi penghidap diabetes adalah penyelesaian yang ringkas dan mudah yang mampu membantu penghidap diabetes mengubah gaya hidup mereka.

“Selama lebih 30 tahun, Abbott telah mengkaji dan membangunkan formula bernutrisi khusus untuk penghidap diabetes. Glucerna® dengan formulasi baru bagi memudahkan penghidap diabetes mengawal paras glukosa mereka dalam masa seawal empat minggu,” katanya pada sidang media menerusi dalam talian anjuran Abbot, baru-baru ini.

Berdasarkan pengalaman peribadi penulis yang juga pesakit diabetes tahap 2, ada banyak makanan yang perlu dihindari bagi memastikan tahap glukosa dalam darah tidak meningkat. Agak sukar untuk mencari makanan yang tepat.

Bagaimanapun, program #BeInControlWithGlucerna yang diperkenalkan Abbott dapat membantu mengawal bacaan glukosa sekali gus penghidap diabetes dapat melalui kehidupan harian dengan lebih baik. Tidak perlu risau mengenai kalori dan pilihan makanan kerana produk itu bertindak sebagai pengganti makanan yang kaya dengan khasiat dan serat!

Kajian saintifik menunjukkan bahan dinamakan Myo-inositol membantu melonjakkan kepekaan insulin di dalam badan yang boleh menyebabkan kawalan terhadap glukosa dalam darah menjadi lebih baik dan produk berkenaan dengan formulasi baharu mempunyai empat kali lebih tinggi Myo-inositol.

Produk itu juga menawarkan  Sistem Karbohidrat Rendah Glisemik yang baharu dan lebih baik untuk membantu menguruskan glukos dalam darah sehingga membantu meningkatkan tindak balas glisemik pasca-makan.

Fungsi lain produk berkenaan adalah adanya kombinasi serat larut Fibersol dan FOS serta serat tidak larut (serat oat) yang membantu mendorong pertumbuhan bakteria baik selain mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.

Produk yang dirumus dengan formulasi baharu itu juga mengandungi 28 vitamin dan mineral termasuk vitamin D, kalsium, zink dan zat besi yang bertindak memenuhi keperluan pemakanan penghidap diabetes selain adanya lipid unik yang mengandungi Omega-3, Omega-6 & Omega-9 (asid lemak tak jenuh tunggal) dan rendah kolesterol untuk menyokong kesihatan jantung.

Sekiranya penghidap diabetes tidak boleh menikmatinya sebagai minuman, produk itu juga boleh dijadikan makanan pemanis mulut seperti bubur, ais krim atau pun lempeng. Oleh itu, jangan lah anda risau kerana bersama Glucerna anda masih mampu menikmati makanan yang lazat! Saksikanlah video di bawah bagaimana Zona Suri menikmati Glucerna.

https://www.instagram.com/p/CHfEEp3pnAJ/?utm_source=ig_web_copy_link

Produk ini ditawarkan dalam tiga perasa, vanilla, coklat dan perisa terbaharunya gandum. Dapatkan sampel produk itu dalam laman rasmi Glucerna, dan boleh didapati juga di Lazada dan Shopee.

Zona Suri kongsikan resipi enak menggunakan Glucerna, mudah dan cepat untuk disediakan.

Bubur Oat Glucerna

Bahan:

5 skop Glucerna

50g oat segera

100ml air

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air dan oat segara di dalam kuali,.
  2. Biarkan ia panas sekata.
  3. Masukkan Glucerna perasa vanila ke dalam kuali dan kacau perlahan hingga sebati.
  4. Padamkan api dan masukkan bubur oat Glucerna ke dalam mangkuk.
  5. Hiasan dengan buah-buahan atau kekacang, sedia untuk dimakan.

#GlucernaMyJourney, #BeInControlWithGlucerna #GlucernaMy @AbbottMommyScoop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *