Tuesday, April 23

Beauty & Co tawar rawatan baharu atasi masalah inkontinens wanita

KUALA LUMPUR: Kebanyakan wanita akan mengalami masalah mudah terkucil selepas bersalin terutama ketika batuk, malah dalam keadaan tertentu masalah berkenaan boleh berlaku ketika ketawa.

Menurut portal MyHealth, masalah berkenaan dikenali sebagai inkontinens stres yang lazimnya disebabkan otot lantai pelvis (pinggul) menjadi lemah selepas kelahiran atau putus haid (menopaus).

Inkontinens (incontinence) atau kegagalan kawalan pundi kencing adalah keadaan yang dicirikan dengan kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinens urin).

Masalah ini lazimnya berlaku dalam kalangan wanita, namun lelaki juga boleh mengalami masalah ini terutama selepas pembedahan kelenjar prostat. Di Malaysia, dianggarkan kira-kira 30 peratus wanita mengalami masalah itu.

Selain senaman kegel yang boleh dilakukan di rumah, ada beberapa rawatan ditawarkan bagi masalah inkontinens iaitu stimulasi elektrik untuk menegang dan menguatkan otot pinggul, terapi gentian hormon bagi wanita yang sudah putus haid serta dalam kes tertentu, doktor akan mengesyorkan pembedahan.

Hiasan dalaman Beauty & Co yang terletak di The Gardens pasti memikat wanita. (Gambar Beauty & Co)

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Beauty & Co, Yap Yann Fang, berkata sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan kecantikan luar dan dalam, Beauty & Co komited untuk menangani isu kesihatan dalaman wanita.

Sehubungan itu, katanya, Beauty & Co memperkenalkan B&Co Clinic yang menyediakan pelbagai pakej menarik termasuk rawatan tanpa pembedahan bagi menangani masalah kesihatan intim wanita seperti inkontinens.

“Sejak terbabit dalam perniagaan kecantikan luar dan dalam wanita 20 tahun lalu, saya mendapati antara masalah utama wanita adalah kesihatan seksual yang sering dianggap satu subjek yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka.

“Antaranya masalah pada bahagian intim seperti inkontinens terutama selepas bersalin. Sebab itulah Beauty & Co bekerjasama dengan B&Co Clinic memperkenalkan rawatan kombinasi, BTL Ultra Femme 360 X Emsela,” katanya pada majlis pelancaran pusat kecantikan Beauty & Co, di pusat beli-belah The Gardens, di sini, baru-baru ini.

Siti Nurhaliza dan Yap Yann Fang pada majlis pelancaran pusat kecantikan Beauty & Co di The Gardens Kuala Lumpur. (Gambar Beauty & Co)

Pelancaran pusat kecantikan itu disempurnakan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.

Bersempena dengan majlis itu, Beauty & Co turut melancarkan kempen #BVulvalicious bagi menggalakkan wanita untuk memberi keutamaan pada bahagian intim, yang menjadi masalah utama selepas bersalin.

Rawatan kombinasi, BTL Ultra Femme 360 dan Emsela menyediakan pakej khusus untuk membantu menyelesaikan masalah bahagian intim wanita yang berpunca daripada proses kelahiran bayi, menopaus dan penuaan.

B@Co Clinic memperkenalkan perkhidmatan baharu menggunakan BTL Ultra Femme 360 dan Emsela untuk menangani masalah ikontinens.

Kedua-dua mesin berkenaan memberikan kesan yang sama seperti senaman kegel dalam menguatkan otot pinggul. Rawatan dimulakan dengan Ultra Femme 360 selama 20 minit yang berfungsi menganjalkan saluran faraj.

Rawatan menggunakan kerusi Emsella pula mengambil masa selama 28 minit dan berfungsi bagi menangani masalah otot pinggul bagi mereka yang mempunyai masalah inkontinen.

Harga bagi satu sesi rawatan BTL Ultra Femme 360 dan Emsela adalah RM800 dan setiap pelanggan digalakkan melengkapkan empat hingga enam sesi bagi memperoleh kesan terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *