Thursday, December 12

Fazura selamat lahirkan bayi perempuan, dedah nama selepas 7 hari

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 38 atau lebih dikenali dengan nama Miss Fazura  di Instagram selamat melahirkan bayi perempuan pada 2 Oktober bersamaan 14 Safar 1442.

Fazura mengumumkan berita gembira berkenaan menerusi laman sosial Instagramnya dengan menampilkan gambar hitam putih tangannya memegang tangan di kecil, namun tidak mengumukan nama si kecil yang juga cahaya mata sulungnya bersama pelakon Fattah Amin.

Sehingga artikel ini ditulis dan si kecil bertuah berkenaan belum lagi diumumkan nama dan wajahnya, entry berkenaan sudah mendapat 387.107 tanda ‘Like.’ Bayangkan jika si kecil memiliki Instagramnya sendiri, pasti pengikutnya melebihi pengikut ibunya sendiri.

Prog Muhaya antara yang memberi ucapan terhadap pasangan berkenaan dengan menulis “Bismillah MasyaAllah setinggi kesyukuran atas nikmat Allah ke atas pasangan suami isteri kesayangan ramai. Tahniah Faz dan Fattah.”

Fazura dalam entry sama turut berterima kasih  kepada semua peminatnya kerana mendoakan kesejahteraannya dan rata-rata pengikutnya di laman sosial yang mencecah 5.4 juta mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata sulung serta pada masa sama mendoka kesihatannya pelakon

Pastinya peminat Fazura, 38 tidak sabarnuntuk melihat wajah bayi pasangana sama cantik sama padang itu di umumkan kedua-dua ibu bapanya.

Fazura, 38, mengahwini Fattah Amin  pada 27 November, 2017 dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri kalangan ahli keluarga terdeat sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *