Saturday, April 20

Penggunaan gajet digital punca mata letih

KUALA LUMPUR: Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Januari 2020 menyebabkan berlaku perubahan besar dalam kehidupan manusia khususnya dalam pembudayaan norma baharu yang menyaksikan kebergantungan tinggi terhadap gajet digital.

Kebanyakan masyarakat dilihat lebih berhati-hati dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah termasuk memilih untuk terus bekerja dari rumah dan melakukan aktiviti hiburan termasuk menonton televisyen sebagai menyokong inisiatif kerajaan dalam membendung penularan COVID-19.

Perubahan itu secara tidak langsung meningkatkan penggunaan digital dalam kehidupan harian apabila kajian mendapati 17 peratus rakyat Malaysia meluangkan masa menggunakan media sosial selama sembilan jam sehari, malah penggunaan televisyen meningkat dua kali ganda khususnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac 2020.

Colin Madigan

Pengarah Pendidikan dan Perkhidmatan Profesional Esssilor AMERA, Colin Madigan, berkata perubahan gaya hidup terutama penggunaan digital yang pesat itu dikenal pasti menjadi punca tekanan pada mata dan menyebabkan masalah seperti mata letih.

“Kajian KPMG Malaysia (Kajian KPMG) mendapati penggunaan perkakasan digital meningkat secara mendadak sepanjang tempoh antara Mac hingga Mei 2020 apabila kebanyakan masyarakat aktif menggunakan telefon pintar dan komputer riba termasuk mengendalikan mesyuarat dalam talian mahupun webminar.

“Kesannya, ramai pengguna melaporkan isu kesihatan seperti mata letih dan stres kerana terlalu lama menggunakan gajet,” katanya dalam sidang media dalam talian Fight Against Digital Eye Strain anjuran Essilor Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Selain sektor pekerjaan, bidang pendidikan juga memanfaatkan dunia digital apabila sekolah dan juga institusi pengajian tinggi melaksanakan pembelajaran secara maya. Kajian mendapati sejak PKP, peningkatan sehingga 53 peratus membabitkan kategori pembelajaran secara maya.

Kredit gambar: Essilor Malaysia

Bagaimanapun, perubahan gaya hidup itu turut memberi kesan pada mata pengguna. Mata letih boleh memberi kesan sampingan bukan sahaja kepada kesihatan mata, tetapi kesihatan seseorang individu secara umum.

Cahaya biru daripada skrin gajet didapati antara faktor penyumbang yang menyebabkan mata mengalami keadaan mata letih.

Sementara itu, Pengurus Negara Essilor Malaysia dan Singapura, Denis Chng, berkata penggunaan cermin mata tidak membantu kerana cermin mata sedia ada tidak direka khusus untuk melihat paparan skrin digital sama ada telefon bimbit mahupun komputer.

Essilor memperkenalkan lensa Eyezen. (Kredit gambar Essilor Malaysia)

Sehubungan itu, katanya, Essilor melancarkan cermin atau lensa khusus bagi membantu memperbetul, melindungi dan meningkatkan penglihatan pengguna terutama mereka yang mengalami masalah mata letih akibat penggunaan digital yang keterlaluan.  

“Essilor melancarkan tiga produk baharu iaitu Eyezen, Crizal dan Transition yang direka khusus untuk melindungi mata daripada kesan cahaya biru daripada paparan skrin digital.

“Ketiga-tiga produk itu masih mengekalkan fungsi melindungi mata daripada sinaran matahari dan membetulkan penglihatan, tetapi diperhebatkan dengan fungsi baharu melindungi mata daripada cahaya biru daripada skrin digital,” katanya.

Lensa Transition melindungi mata apabila berada di bawah terik matahari. (Kredit gambar: Essilor Malaysia)

Lensa Eyezen menggabungkan DualOptim Technology, teknologi baharu yang menampilkan satu lensa penglihatan yang memberi jarak penglihatan jauh dan dekat sesuai untuk pengguna yang mengalami tekanan pada mata.

Lensa Crizal Blue UV Capture pula melindungi mata daripada sinaran matahari, namun pada masa memudahkan penglihatan mata pada paparan skrin digital, manakala Transition dilengkapi lensa yang boleh berubah gelap apabila berada pada cuaca panas terik, sekali gus melindungi mata pengguna.

Bersempena dengan pelancaran produk baharu Essilor itu, Essilor Malaysia memperkenalkan kempen Essilor’s Lifestyle Solution bagi mendidik dan memperkasa pengguna akan kepentingan membetulkan penglihatan mata dan melindunginya daripada kesan skrin digital.

Menerusi kempen yang bermula dari 1 September hingga 20 Oktober itu, bagi setiap pembelian sepasang cermin mata menggunakan lensa Essilor, pengguna berpeluang membeli sepasang cermin mata kedua menggunakan lensa berkenaan pada potongan harga 50 peratus.

Berikut adalah 8 gejala yang menunjukkan mata letih:

  • Mata rasa kering
  • Rasa tidak selesa pada mata
  • Mata mengalami kegatalan
  • Mata merah
  • Rasa berat apabila memandang sesuatu objek
  • Sakit kepala
  • Mata terasa tegang
  • Mata mudah mengalami silau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *