Tuesday, November 5

Tag: lindungi mata daripada cahaya biru

Penggunaan gajet digital punca mata letih
i-Sihat

Penggunaan gajet digital punca mata letih

KUALA LUMPUR: Wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia sejak Januari 2020 menyebabkan berlaku perubahan besar dalam kehidupan manusia khususnya dalam pembudayaan norma baharu yang menyaksikan kebergantungan tinggi terhadap gajet digital. Kebanyakan masyarakat dilihat lebih berhati-hati dengan mengurangkan aktiviti di luar rumah termasuk memilih untuk terus bekerja dari rumah dan melakukan aktiviti hiburan termasuk menonton televisyen sebagai menyokong inisiatif kerajaan dalam membendung penularan COVID-19. Perubahan itu secara tidak langsung meningkatkan penggunaan digital dalam kehidupan harian apabila kajian mendapati 17 peratus rakyat Malaysia meluangkan masa menggunakan media sosial selama sembilan jam sehari, malah penggunaan televisyen meningkat dua kali ganda khususnya s...