Wednesday, May 8

Citra Cantik

Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka
Citra Cantik

Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka

Datuk Seri Meer (lima dari kanan) menunjukkan syiling emas habis edisi terhad Merdeka. AMPANG: Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, jenama barang kemas tempatan, Habib mengeluarkan syiling emas edisi terhad Merdeka seberat 0.2 gram yang direka khas oleh pereka jenama terkenal itu. Syiling edisi terhad itu dijual di semua cawangan Habib di seluruh negara pada harga serendah RM118 dan amat sesuai bagi pengumpul syiling yang ingin mengabadikan sambutan bulan Kemerdekaan ke-63 pada 2020 ini. Syilis emas edisi terhad Merdeka yang dikeluarkan Habib bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan 2020. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata pelancaran syiling emas eksklusif di Habib itu amat bermakna bagi kumpulan Habib yang juga antara jenama tempatan pa...
Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita
Citra Cantik

Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita

Coli baharu Smart Fit Triumph memberi kelenturan sempurna apabila dipakai. (Gambar kredit Triumph) KUALA LUMPUR: Jenama pakaian dalam terkemuka, Triumph yang menjadi teman setia setiap wanita sejak 1886, memperkenalkan coli Fit Smart terbaharu yang dikenali sebagai Fit Smart 2.0. Produk itu yang mula berada di pasaran Ogos ini, dicipta berdasarkan keperluan wanita sepenuhnya terutama dengan sentuhan kewanitaan baharu seperti renda dan jahitan yang ditempa khas bagi menyokong dan mengikut bentuk tubuh. Rekaan unik itu adalah tanda pengenalan teknologi 4 Dimensi (4D) yang sinonim dengan Triumph bagi menjamin pemakaian lebih selesa dan sempurna. Selain itu, mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk lebih keselesaan dan fleksibiliti. Coli tanpa dawai cita rasa wanita ...
Beli sepasang kasut Skechers pada harga RM1
Citra Cantik

Beli sepasang kasut Skechers pada harga RM1

KUALA LUMPUR: Jika ingin memilih kasut biar alah membeli, tapi menang memakai. Itulah kenyataan yang sesuai bagi menggambarkan himpunan baharu Skechers, jenama kasut terkenal yang digemari bukan sahaja kerana rekaannnya, tetapi juga inovasi dihasilkan. Khusus untuk peminat jenama terkenal itu, Skechers Malaysia kini menawarkan pembelian sepasang kasut pada harga RM1 bagi setiap pembelian sepasang kasut pertama. Tawaran istimewa itu hanya boleh didapati bermula 3 Julai 2020 sehingga 2 Ogos 2020 bagi kasut terpilih. Bagaimanapun tawaran itu tidak terpakai di cawangan Skechers di Genting Highlands Premium Outlets, Johor Premium Outlets, Mitsui Outlet Park KLIA Sepang, Design Village Outlet Mall, Freeport A’Famosa Outlet, The Mines Shopping Mall, Cheras Leisure Mall, Elements Mall,...