Serum adalah produk kecantikan yang dianggap sebagai bahan pelengkap untuk penjagaan kulit wajah agar tampak muda dan lambat dimamah usia.
Kebiasaannya, serum dioles pada kulit wajah selepas penggunaan penyegar dan kemudian diikuti oleh pelembap serta krim siang atau krim malam.

Serum juga adalah cecair bersifat ringan yang diformulasi dengan bahan tertentu agar cepat meresap ke dalam kulit.
Serum Susuk diperkenalkan Puremade antaranya mengandungi bahan bermanfaat untuk kulit seperti vitamin C, herba Wilow, zaitun, niacinamide, asid hyaluronik, which hazel, Japanese Blood Grass dan bahan pelembat 24TM.

Pengasas bersama Puremade, Shamira Abdullah, berkata serum Susuk dihasilkan di luar negara, iaitu di United Kingdom (UK) memandangkan negara berkenaan sudah diketahui umum sebagai negara pengeluar produk kecantikan terkenal di seluruh dunia.
“ UK antara negara yang diketahui umum sebagai hub produksi kecantikan berkualiti. Makmal mereka lengkap dengan bahan terpilih dan terbaik dari seluruh dunia.
“Serum ini dikuasakan oleh formulasi ramuan serbafungsi yang mendalam untuk mengunci hidrasi kulit serta bertekstur ringan untuk penyerapan pantas,” katanya menerusi emel kepada Zona Suri.

Tambahnya lagi, serum yang dihasilkan turut berfungsi mengecilkan pori-pori sambil menjadikan kulit lebih berseri, menipiskan bintik hitam pada kulit wajah, tanda cela dan melambatkan tanda penuaan.
Lebih mengujakan, susuk Serum sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive, ditawarkan pada harga RM69.90 di Semenanjung dan boleh dibeli menerusi atas talian di laman sesawang Puremade.com.my.