Friday, October 18

Genevieve hasilkan sabun sendiri demi tangani alahan kulit anak

Sekali pandang rupanya seperti kuih bingka, cantik dan menyelerakan serta dalam minda, terbayang-bayang bau aroma kuih berkenaan, namun kenyataannya ialah potongan sabun yang mempunya pelbagai khasiat.

Jenama Relise_Oliver mungkin tidak begitu dikenali ramai, tapi apabila mengetahu akan bahan yang digunakan dalam proses pembuatannya, pasti ramai jatuh hati dan mahu memiliki lantaran kebaikan dalam kandungan sabun ini.

Sabun daripada bahan alami dihasilkan Genevieve demi menangani masalah kulit dialami anak perempuannya.

Lebih mengujakan, kewujudan sabun ini bertitik tolak daripada kasih sayang ibu terhadap anak yang mempunyai kulit sensitif serta berhadapan masalah eczema menyebabkan ibu yang dimaksudkan, Genevieve Wong, 45,  nekad mencari sumber terbaik bagi menangani cabaran dihadapi anaknya.

“Saya bermula 10 tahun lalu setelah puas mencari penawar mengatasi kulit sensitif dan eczema dialami anak perempuan saya walaupun sudah mencuba pelbagai sabun yang ditawarkan di pasaran.

“Usaha menghasilkan sabun ini adalah perjalanan ‘try and error’ dan ‘self thought’ kerana saya banyak belajar menerusi YouTube, membaca banyak bahan mengenainya dan merujuk apa sahaja laman web mengenainya,” katanya kepada Zonasuri menerusi emel.

Genevieve memastikan beliau menggunakan bahan segar dan terbaik untuk menghasilkan sabun bermutu.

Genevieve berkata, sabun dihasilkan sesuai dan selamat digunakan pada kulit kerana kebanyakan bahan asas dalam pembuatan adalah berasaskan bahan selamat untuk dimakan.

“Bagi saya, setiap bahan yang selamat dan boleh dimakan, sudah tentu bahan berkenaan juga tidak akan mencederakan kulit serta selamat digunakan.

“Tambahan pula, sabun komersial ada banyak yang diadun dengan bau buatan dan pewangi yang mana ada antaranya sudah dibuktikan berupaya menyebabkan alahan atau masalah pada kulit,” katanya.

Lavender ( I dream in Lavender).

Sehubungan itu, beliau cukup teliti mengenai bahan yang dimasukkan dalam setiap sabun yang dihasilkan dan mengamalkan apa yang digunakan dalam kalangan ahli keluarga, bahan yang sama akan digunakan untuk pembuatan sabunnya.

Dusty Rose.

Sabun dihasilkan juga bersifat mesra alam kerana dihasilkan daripada bahan semulajadi dan sisa daripada proses pembuatan juga tidak akan menjejaskan mutu alam seolah-olah pusingan alami dinamakan daripada alam kembali kepada alam.

Sehingga kini, Relise_Olive menawarkan sepuluh bau-bauan yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu himpunan bunga-bungaan dan himpunan bahan segar.

Sabun dengan bauan Levender paling mendapat sambutan.

Himpunan bunga-bungaan menawarkan Lavender, Jasmine, Dusty Rose, Chamimile dan Calendula manakala bahan segar pula dihadirkan dengan darpada Avocado, Aloe Vera, Tea Tree Mung Bean, Lemongrass Brown Rice dan Kopi.

‘Kopi Susu’ juga antara yang digemari penggemar sabun.

Setiap satu juga mempunyai nama khusus seperti Lavender – I dream in Lvender, Jasmine (Lady of the night), Rose (Dusty Rose), Calendula (Beautiful Calendula) dan Chamomile (Grazie Mille).

“Setiap satu adalah seberat 120 hingga 150 gram dan untuk himpunan bunga-bungaan anda boleh dapati pada harga RM23 manakala bahan segar pula dijual ad harga RM18.

“Lavender paling mendapat sambutan diikuti Avocado dengan baunya yang sangat menyegarkan kerana saya menggunakan puri avocado serta diadun dengan renjisan lime, spearmint dan peppermint seolah-olah anda menikmati cocktail pudina dan lime,” katanya.

Sabun daripada pati Avocado dengan renjisan lime.

Sekiranya mahu mendapatkan produk Relise_Olive ini, boleh lihat di Instagram @relise_olive dan paling penting produk dimiliki adalah bermutu tinggi dan bahan segar kerana itulah yang digunakan oleh Genevieve dan seluruh ahli keluarganya.

Genevieve turut menjelaskan beliau cukup teliti memilih minyak pati yang digunakan dalam proses pembuatan sabun dihasilkan menyebabkan beliau menggunakan minyak pati yang terbaik dan bermutu tinggi yang dihasilkan daripada herba terapi terpilih.

“Saya  hanya menggunakan minyak pati berkualiti tinggi dengan gred premium yang seakan-akan sama dengan jenama minyak pati jenama terkenal dan cukup dikenali ramai dalam pasaran pada harga berpatutan kerana saya tidak membelinya terus daripada pengeluar dan tidak melalui orang tengah.

“Saya lebih suka sabun yang dihasilkan mempunyai bau asli yang sangat dekat dengan alam semulajadi dan kekal segar,” katanya yang juga boleh dihubungi menerusi emel: genevieve.wong1@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *