Friday, October 18

dUCK lancar semula selendang elemen tempatan sempena Hari Malaysia

Jarang sekali atlet sukan diangkat sebagai model atau ‘wajah’ untuk mempromosikan produk fesyen kecuali barangan yang ada kaitan dengan bidang sukan semata-mata.

Cetakan pada selendang diabadikan berdasarkan ciri pembangunan daripada 14 negeri di Malaysia.

dUCK memecah tradisi apabila mengundang 14 atlet sukan tanah air bagi menyuguhkan pelancaran selendang sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September, setiap tahun.

Atlet Malaysia diambil sebagai ‘wajah’ untuk selendang Hari Malaysia.

Atlet dimaksudkan,  antaranya Shah Firdaus dan Izzah Izzati (lumba basikal), Wendy Ng (terjunan/selam), Chee Chao Ming (Tenis Para), Farah Ann (Gimrama), Datuk Shalin Zulkifli (Bowling),  Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena dan Syaqiera Mashayikh (Memanah).

Kesemua atlet ini dilihat menggayakan selendang dengan cara tersendiri dan kelihatan bersahaja.

Cetakan pada selendang diabadikan berdasarkan ciri pembangunan daripada 14 negeri di Malaysia.

Apa yang menarik dengan selendang berkenaan ialah setiap helaian dihadirkan dengan elemen kecintaan terhadap tanah air menerusi tema diberikan seperti Kesetian, Kedaulatan dan Kecintaan.

Selendang dilancarkan ini pernah dikeluarkan pada peringkat awal kewujudan dUCK di pasaran kira-kira sepuluh tahun lalu, namun kali ini diberi sentuhan berbeza bagi diselaraskan dengan sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun.

Cetakan pada selendang diabadikan berdasarkan ciri pembangunan daripada 14 negeri di Malaysia.

Selendang edisi khas ini juga disuntik dengan elemen simbol ikonik daripada 14 negeri di Malaysia dan bukan sahaja mengenengahkan Kuala Lumpur, bahkan apa yang ingin diutarakan ialah ‘Kesatuan’ dengan kata-kata  rakyat Malaysia Stronger Together.

Antara subjek yang tertera pada selendang berkenaan ialah rumah kedai Peranakan mewakili Melaka, Masjid Sultan Abu Bakar (Johor), Bandaraya Kuantan termasuklah Cameron Highland dan ladang teh (Pahang).

Bangunan Minangkabau (N Sembilan), Bangunan Komtar (Pulau Pinang), Tasik Melati (Perlis), Taman Rehal Al-Quran (Kelantan), Menara Kuala Lumpur, KLCC dan TRX serta beberapa lagi motif turut dicetak pada selendang berkenaan.

Cetakan pada selendang diabadikan berdasarkan ciri pembangunan daripada 14 negeri di Malaysia.

Selendang ini juga dihadirkan dalam enam pilihan warna dengan charm pilihan serta dibungkus dalam kotak dengan sentuhan warna floresen.

Selain selendang, dUCK juga turut menawarkan kipas tangan, kemeja T, beg kanvas pelbagai guna, mangkuk tingkat, buku nota dan kole enamel yang bermotifkan elemen yang dicetak sama seperti selendang.

Kesemua produk ini boleh dibeli menerusi dalam talian dan semua dijempur hadir ke Pasar Besar Central Market kerana anda juga boleh memperoleh produk ini di sana sehingga 22 September.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *