Jaya Grocer memperkasa usahawan tempatan dengan memperluaskan produk barisan Grab Signatur bagi label peribadi seperti Kfry, Village Park, Inside Scoop dan KGB yang sudah pasti dikenali ramai dalam kalangan penggemar makanan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, berkata pihaknya teruja untuk memperluaskan rangkaian Private Labels mereka yang telah dikumpulkan dengan teliti bagi memenuhi citarasa dan kualiti yang diharapkan pelanggan.

“Melalui Grab Signatures Brands, konsep ini telah membantu pemilik restoran mengurangkan jurang di antara restoran dan rak runcit, membawa rasa istimewa mereka dari meja makan di kedai ke dapur-dapur di rumah.
“Hari ini, kami menambah lebih banyak jenama tempatan yang digemari dalam kalangan pelanggan melalui usaha sama diperluaskan ini, kami tidak sabar untuk menawarkan lebih banyak rangkaian produk bertaraf restoran ke rumah pelanggan untuk dinikmati oleh mereka,” katanya pada majlis pelancaran berkenaan di Jaya Grocer Sunway, baru-baru ini.
Turut hadir Pengasas Village Park, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh Abdullah; Pengasas Inside Scoop, Lim Shiew Li; Pengurus Pemasaran K Fry Urban Korean, Shahirah Razid dan Pengasas Killer Gourmet Burgers (KGB), Steven Goh.

Dilancarkan dua tahun lalu, inisiatif Jaya Grocer Private Labels ini dihasilkan bagi memperkasa usahawan makanan dan minuman (F&B) untuk beralih ke ruang runcit sambil menawarkan pelanggan akses yang lebih luas kepada pilihan makanan dan minuman ikonik, tersedia untuk dibeli di semua cawangan Jaya Grocer.
Rangkaian produk Jaya Grocer Private Labels yang diperluaskan kini termasuk tiga produk Village Park iaitu Nasi Lemak Sambal, Nasi Lemak Sambal Lagi Pedas dan Ayam Goreng Berempah manakala tiga perisa Inside Scoop (Vanila dengan Pusaran Gula Melaka, Garam Laut Gula Melaka serta Biskut dan Krim Berganda), dan Ayam Goreng Tanpa Tulang K Fry serta Kentang Goreng Potongan Lurus KGB.
Katanya lagi, sebagai rangkaian pasaraya premium massa terkemuka, pihaknya komited kepada inovasi dan sentiasa mencari cara baharu untuk melayani pelanggan dan rakan kongsi dengan lebih baik.

“Peralihan daripada F&B ke perniagaan runcit menandakan satu lonjakan yang ketara bagi jenama tempatan ini, kerana ia melibatkan penyesuaian kepada model perniagaan baharu dan memahami kerumitan rantaian bekalan runcit.
“Di Jaya Grocer, kami berbangga dapat berganding bahu dengan wira-wira tempatan ini, membantu mereka memperoleh peluang untuk meningkatkan pengeluaran, mencapai pasaran yang lebih luas dan memastikan ketahanan jangka panjang jenama mereka,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Mohd Shamil Ngoh berkata kehadiran Village Park di kalangan produk Jaya Grocer Private Labels merupakan satu rahmat bagi pihaknya yang sentiasa berkobar untuk berkongsi rasa asli Malaysia melalui hidangan istimewa kami.
“Gabungan capaian digital Grab dan kehadiran runcit Jaya Grocer telah membolehkan kami mencapai khalayak yang lebih luas berbanding sebelum ini. Kami sangat teruja untuk membawakan Ayam Berempah dan sambal ikonik kami terus ke rumah anda untuk membolehkan anda merasai keenakan Village Park dalam setiap suapan.”
Shiew Li berkata, usaha dilakukan Jaya Grocer Private Labels telah membolehkan Inside Scoop berkongsi impian untuk membawakan keriangan kepada rakyat Malaysia melalui aiskrim buatan tangan berkualiti tinggi yang diperbuat menggunakan bahan-bahan terbaik.
“Dengan tersedianya produk kami di Jaya Grocer, lebih ramai pelanggan akan mendapat akses kepada citarasa kami yang diinspirasi Malaysia pada bila-bila masa.
“Kami tidak sabar untuk melihat lebih ramai rakyat Malaysia merasai kegembiraan yang datang dalam setiap sudu aiskrim kami!” katanya.
Produk Village Park, K Fry dan KGB kini sudah tersedia di pasaran (Jaya Grocer) manakala produk Inside Scoop akan tersedia pada awal bulan Mac, secara eksklusif di semua cawangan Jaya Grocer, di dalam kedai dan dalam talian melalui GrabMart.
Shahirah turut menambah, misi K Fry sejak dahulu adalah untuk berkongsi rasa cinta terhadap makanan Korea dengan seramai mungkin rakyat Malaysia.
“Sama ada ianya melalui sijil Halal atau dengan menawarkan ayam K Fry yang digemari ramai melalui saluran baru seperti Jaya Grocer Private Labels, kami sentiasa mencari peluang untuk memudahkan orang ramai menikmati pengalaman K Fry kami yang tersendiri pada bila-bila masa.”
Steven tidak terkecuali menyatakan kualiti produk yang ditawarkan di Killer Gourmet Burgers telah meletakkan KGB sebagai salah satu peneraju burger gourmet dalam pasaran tempatan dan pihaknya komited untuk mengekalkan nilai ini sambil meluaskan jangkauan melalui saluran seperti Jaya Grocer Private Labels.
“Dengan Kentang Goreng KGB kami yang tersedia setiap masa di dapur rakyat Malaysia, kami berbesar hati dapat membawa rasa berkualiti kami lebih hampir kepada anda!”
situs gacor hari ini situs slot gacor toto slot toto slot