Saturday, December 21

Gleneagles Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung

Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini menganjurkan kempen ‘Hari Kesedaran Jantung’ di Gurney Paragon sempena Hari Jantung Sedunia 2023.

Kempen dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat terhadap penyakit jantung dan risikonya selain memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung.

Kempen Hari Kesedaran Jantung 2023 dilancarkan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pengurus Pemasaran Kanan, Hospital Gleneagles Pulau Pinang (Gleneagles PP), Ai Leen Foo, berkata dengan tema ‘Use Heart, Know Heart pihaknya mengambil pendekatan proaktif untuk masyarakat dapat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung.

“Gleneagles PP sangat komited untuk kesejahteraan masyarakat kita dan salah satu usaha untuk meningkat kesedaran kesihatan adalah melalui kempen kesihatan jantung ini.

”Masyarakat perlu diberi pendedahan awal mengenai penyakit jantung serta langkah pencegahan dan kami percaya bahawa dengan inisiatif ini, masyarakat akan lebih prihatin mengenai kesihatan kardiovaskular serta membantu mengurangkan kes penyakit masalah jantung, ” katanya dalam satu kenyataan media.

Antara perkhidmatan disediakan pihak hospital sempena Kempen Hari Kesedaran Jantung 2023 dilancarkan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini.

Hari Jantung Sedunia adalah inisiatif global yang mendorong individu, keluarga, masyarakat untuk bertindak melawan penyebab utama kematian di seluruh dunia, iaitu penyakit kardiovaskular.

Gleneagles PP sentiasa bersedia untuk membantu pesakit secara menyeluruh dari segi penilaian, diagnosis dan rawatan  berkaitan dengan masalah kardiovaskular.

Antara perkhidmtana disediakan pihak hospital sempena Kempen Hari Kesedaran Jantung 2023 dilancarkan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini.

Katanya lagi, hospital ini juga menyediakan perkhidmatan ‘Bersedia untuk Anda’ 24 jam sekiranya berlaku kecemasan dengan pasukan pelbagai disiplinnya dengan teknologi terkini untuk penjagaan jantung.

“Semua pihak termasuk hospital, institusi pendidikan, badan bukan kerajaan dan setiap orang harus bekerjasama serta berperanan dalam membantu meningkatkan kesedaran kesihatan jantung dengan memahami, mengambil peluang terhadap pelbagai kempen kesihatan jantung yang telah disediakan untuk sama-sama  mencapai kesihatan kardiovaskular yang baik.”

“Dengan mengubah dan mengamalkan gaya hidup lebih baik, secara tidak langsung anda dapat mengawal banyak perkara yang boleh mempengaruhi kesihatan jantung,” ujar Ai Leen.

Pada kempen sama, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya:

•Pemeriksaan Kesihatan: Pemeriksaan kesihatan percuma seperti status indeks jisim tubuh BMI tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah diberikan kepada orang ramai.

• Kios interaktif CPR: Kios latihan Resusitasi Kardiopulmonari (CPR) di mana, orang ramai boleh cuba melakukan latihan CPR. Kios Latihan amali CPR ini direka untuk melengkapkan individu dengan kemahiran menyelamat nyawa yang praktikal agar mereka dapat memberikan pertolongan cemas yang cepat dan tepat dalam situasi kecemasan perubatan asas.

•Sesi Perbincangan Panel: Perbincangan panel yang berkongsi mengenai  topik seperti ‘ Adakah wanita berisiko lebih tinggi mendapat penyakit kardiovaskular berbanding lelaki?’, ‘Apakah faktor risiko menghidap penyakit kardiovaskular’ dan  ‘Kesan mempunyai kolesterol tinggi’ dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *