Sunday, December 22

Koleksi Raya 2024 Tomei gemilang

Perhiasan seperti emas dan intan berlian sentiasa  menjadi pilihan serta kegemaran wanita tanpa mengenal usia mahupun di mana sahaja mereka berada kerana emas memberi aura yang sangat menakjubkan terhadap pemakainya.

Anna Jobling (dua dari kiri) bersama pengasas Tomei pada majlis pelancaran Koleksi Raya 2024 Tomei di IOI Mall, baru-baru ini.

Bahkan ada pendapat mengatakan jika individu memakai perhiasan emas, rezeki akan lebih dekat dengan mereka dan ada benarnya juga kerana emas lambang keindahan, memberi impak yang sangat baik selain tampak anggun.

Anna Jobling bersama pengasas Tomei pada majlis pelancaran Koleksi Raya 2024 Tomei di IOI Mall, baru-baru ini.

Sehubungan itu, jenama barang kemas yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, Tomei baru-baru ini melancarkan Koleksi Raya 2024: Potret yang mana banyak rekaan menarik ditawarkan kepada pelanggan.

Koleksi Sri Puteri adalah antara salah satu daripada Koleksi Raya 2024 Tomei: Persona, yang ditawarkan kepada penggemar barang kemas sempena musim perayaan.

Jadi jika anda berhajat mencari barang kemas untuk perhiasan diri atau untuk dijadikan hadiah kepada insan tersayang, kunjungi Tomei terdekat bagi mendapatkan perhiasan yang dihajati.

Koleksi Sri Puteri adalah antara salah satu daripada Koleksi Raya 2024 Tomei: Persona, yang ditawarkan kepada penggemar barang kemas sempena musim perayaan.

Lebih menarik perhatian, artis cantik Anna Jobling turut hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran dan kepetahan Bella Zahir sebagai pengendali majlis turut menghangatkan suasana kerana Bella juga mengenakan perhiasan daripada Koleksi Raya 2024 Tomei.

Antara koleksi barang kemas Tomei.

Pada majlis saja, Tomei turut melancarkan program My Jewel Club khusus untuk pelanggan setia jenama berkenaan dengan pelbagai keistmewaan bakal dinikati ahli kelab berkenaan.

Sebahagian daripada Koleksi Raya 2024 Tomei: Persona, yang ditawarkan kepada penggemar barang kemas sempena musim perayaan.

Sehubungan itu, ingat Tomei jika anda ingin mencari perhiasan diri kerana selain rekebentuk yang ekslusif, barang kemas Tomei juga memberi nuansa yang menggembirakan pemakainya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *