Friday, October 18

Prince Court cetus suasana seperti rumah sendiri ketika terima rawatan

Ramai menganggap hospital atau pusat perubatan ialah satu kawasan yang tidak selesa serta tidak menyenangkan lantaran senario ‘pesakit’ atau ‘doktor’ yang akan sentiasa lalu lintas di hadapan muka kala menunggu rawatan.

Lebih parah, ada yang menganggap hospital adalah kawasan larangan atau kawasan tertentu selain amat tidak menyelesakan walaupun hospital sebenarnya adalah lokasi selamat.

Pengamal media diraikan pada acara An Immersive Metaverse Journey ajuran Prince Court Medical Center, baru-baru ini.

Sehubungan itu, pusat perubatan Prince Court baru-baru ini mengundang sekumpulam pengamal media untuk meneroka kemudahan dan keselesaan ketika mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan.

Program dinamakan Quality Patient Care and Advanced Technology Through  An Immersive Metaverse Journey itu merangkumi siri lawatan ke beberapa bahagian tertentu dalam hospital dan permainan digital dalam talian membabitkan perkongsian maklumat mengenai perkhidmatan yang ada di Prince Court.

Dr Shuba Srinivasan memberikan ucapan di acara berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court, Dr Shuba Srinivasan, berkata acara singkat khusus untuk pengamal media berkenaan diadakan bertujuan mendedahkan kemajuan teknologi yang canggih apabila digandingkan dengan kemahiran sedia ada dalam kalangan petugas pusat rawatan akan meningkatkan hasil klinikal yang ketara.

“Quality Patient Care and Advanced Technology Through  An Immersive Metaverse Journey ini mendedahkan bagaimana kami mengangkat nilai penjagaan kesihatan melalui inovasi dan penjagaan yang menumpukan pada pesakit.

“Kami akan melakukan usaha sebaik mungkin untuk pesakit yang datang mendapatkan rawatan sebaik mereka melangkah masuk ke sini dengan menyediakan diagnosis yang tepat beasaskan teknologi terkini sehinggalah kepada pelan rawatan peribadi selain pilihan meningkatkan pemulihan,” katanya ketika bercakap di acara berkenaan, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya lagi, kemudahan canggih dan perkhidmatan khusus di Prince Court boleh diakses oleh semua pesakit selain pihaknya juga mengutamakan keperluan pesakit dengan penjagaan holistic yang meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Sementara itu, para media turut dibawa meninjau beberapa kawasan khas yang mempamerkan kemudahan canggih untuk dimanfaatkan kepada pesakit seperti Ambulans Motosikal Elektrik Pertama  Malaysia, melawat bilik Sistem Pengimejan dan navigasi O-Arm serta sistem pembedahan robot da Vinci dan LINAC Accelerator..

Kolam hidroterapi di Prince Court berfungsi untuk rawatan holistik.

Selain itu, Prince Court juga adalah pusat rawatan perintis yang menyediakan kolam hidroterapi yang menggalakkan pemulihan holistik.

“Di Prince Court juga, kami meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat dan inisiatif ‘Nilai Sebenar’ Prince Court menyerlahkan cara kami menyepadukan ternologi perubatan termaju dengan penjagaan berkualiti dioptimumkan untuk kecekapan kos dan masa.

“Kami mengutamakan diagnosis yang tepat, menawarkan pelan rawatan yang sesuai untuk pesakit dan menggunakan prosedur minimum,” katanya.

Petugas Ambulans Motosikal Elektrik di Prince Court.

Prince Court juga menawarkan penjagaan kecemasan yang sangat responsive bagi memastikan pesakit pulih lebih cepat, mendapat keputusan rawatan yang lebih baik dan berasa diutamakan kerana sentiasa dikemaskini dengan maklumat sekali gus membawa kepada pengalaman yang baik  sepanjang menerima rawatan.

Antara kemudahan lain yang diwujudkan bagi menjamin keselesaan pesakit, Prince Court menyediakn bilik persendirian dengan katil bujang, pusat ortopedik dilengkapi kemudahan canggih dan Lounge Premier eksklusif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *