Musim paling dinanti oleh kebanyakan anak-anak yang sudah bersekolah ialah musim cuti, namun mungkin ada ibu bapa yang buntu ke mana mahu dibawa anak-anak atau keluarga untuk bercuti.
Jangan risau, bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang atau Kuala Lumpur, ada café comel untuk bawa anak-anak menjamu selera sambil bermain tanpa perlu risau akan keadaan si kecil kala bermain kerana ada petugas khas bakal membantu.
Kafe dimaksudkan ialah Kiddycafe di Kiddytopia yang diwujudkan khusus untuk kanak-kanak berlokasi di IOI Mall Putrajaya dan lebih menyeronokkan kerana ruang ini adalah ruang permainan bersifat indoor.
Kiddycafe yang terletak dalam ruang seluas 13,000 kaki persegi ini seakan pusat sehenti untuk anak-anak meneroka serta mencuba pelbagai jenis permainan yang dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan terhadap si kecil anda.
Pengarah Urusan Kiddytopia yang juga pengasas Kiddycafe, Akmal Adib Mainong berkata, Kiddycafe tercetus kerana beliau sering membawa anak ke taman permainan dan apabila anak lapar, agak sukar untuk mencari makanan dengan cepat dan mudah.
“Sehubungan itu, saya terfikir menwujudkan café yang akan memudahkan ibu bapa memenuhi keperluan anak sambil anak tidak perlu risau di mana untuk bermain.
“Kiddycafe ini juga adalah perhargaan saya terhadap ibu bapa yang mempercayai keupayaan kami mengendalikan taman permainan indoor yang dikelolakan syarikat kami,” katanya kepada media pada majlis pengenalan menu baharu Kiddycafe di IOI Mall Putrajaya, baru-baru ini.
Kiddytopia ditubuhkan pada 2019, kini memiliki tiga cawangan sedia ada di Kiddytopia Aeon Nilai, Kiddytopia Midvalley Southkey dan Kiddytopia IOl City Mall Putrajaya.
Pada majlis memperkenalkan Kiddicafe ini juga, Adib mengumukan satu lagi cabang perniagaan iaitu Kiddyride yang turut membabitkan ibu bapa berpeluang mencuba mengendalikan kenderaan berbentuk replika haiwan comel dan bermain game dengan alat kawalan khas.
Sementara itu, antara menu baharu yang diperkenalkan di Kiddycafe ialah Surfries! yang menawarkan empat variasi kentang goreng yang sedap iaitu loaded fries, shaker fries, long fries dan steak fries.
Keempat-empat menu ini dihadirkan secara kombo dengan kombinasi sempurna dan pelanggan juga berpeluang mendapatkan diskaun tambahan serta layak untuk membeli Bolo Bun dengan dua perisa aiskrim pada harga hanya RM5.
Eksekutif Chef Kiddycafe, Chef Nor Arazman Al Junid berkata, beliau dan teamnya berusaha untuk memberikan menu terbaik untuk pelanggan kecil mereka, justerua hanya bahak terbaik dan terpilih digunakan di Kiddycafe.
“Kami tidak sabar untuk memperkenalkan Surfries! ke dalam menu di Kiddicafe dan menawarkan cara berbeza untuk menikmati satu daripada makanan yang sentiasa disukai ramai terutama kanak-kanak.
“Sama ada anda mahukan menu yang sudah biasa dimakan atau klasik mahupun mencari sesuatu yang baru, Surfries! menawarkan sesuatu untuk semua pengunjung,” katanya.
Chef Nor Arazman juga menambah menu berasaskan kentang yang ditawarkan di Kiddycafe tidaka terhad untuk kanak-kanak yang mengunjungi café comel itu sahaja, jika ada kanak-kanak serta orang dewasa yang hanya mahu menikmati menu seperti ditawarkan di Kiddycafe, mereka berpleuang menikmatinya di lokasi berdekatan yang juga di bawah pengelolaan Kiddytopia