Tuesday, April 23

Tag: Diabetis

i-Sihat

Puasa tidak memudaratkan penghidap Diabetis

Dua perkara paling digeruni penghidap kencing manis atau Diabetik Melitus (DM) ialah peningkatan paras gula dalam darah sekiranya terlebih mengambil makanan tinggi karbohidrat dan hipoglisemia yang akan dialami sekiranya kekurangan gula dalan badan. Sehubungan itu, timbul kekeliruan bolehkah penghidap Diabetis berpuasa memandangkan mereka tidak boleh mengambil makanan dalam tempoh yang panjang yang mungkin boleh menyebabkan hipoglisemia dan bagaimana dengan pengambilan ubat yang boleh dilakukan sekiranya berpuasa? Dietitian Kanan, Hospital Pantai Sungai Petani, Norhayati Samsuddin berkata, ada cara tertentu yang boleh dilakukan oleh pesakit Diabetis bagi memastikan mereka tidak akan mengalami dua gejala yang disebutkan di atas. “Pesakit Diabetis perlu mengetahui berapa jumlah uba...