Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?
Nasi punten hijau kegemaran Aslinda dan keluarga.
KUALA LUMPUR: Nasi atau karbohidrat (karbo) sering dianggap sebagai musuh utama bagi individu yang ingin mengawal berat badan kerana karbo juga mengandungi gula yang akan membuatkan badan menjadi cepat gemuk.
Memandangkan nasi mengandungi karbo yang tinggi, ramai menolak hidangan nasi dalam usaha menurunkan berat badan dan menggantikannya dengan melebihkan hidangan serat serta protein.
Lebih menyukarkan keadaan, ada individu tidak boleh meninggalkan hidangan nasi dan perlu mengambilnya setiap hari walaupun mengetahui nasi adalah sumber karbo yang berupaya menjadikan berat badan naik.
Dalam carta pengambilan makanan sihat seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Suku Suku Separuh, sama nilainya dengan suku (nasi), s...