Wednesday, April 24

SOCAR lancarkan perjalanan anda ke mana sahaja destinasi

Larangan rentas negeri sudah dibubarkan sekali gus menyaksikan rakyat Malaysia kembali menyusun pelan perjalanan selain meneruskan rutin harian bekerja di pejabat dan di rumah meskipun masih perlu mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelakkan diri daripada Covid-19.

Tidak terkecuali ramai juga yang merancang perjalanan jarak jauh untuk bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan memandu kenderaan sendiri, tetapi bagaimana dengan individu yang tidak mempunyai kenderaan, namun mahu bercuti ke luar kawasan atau daerah?

SOCAR menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk kemudahan pelanggan.

SOCAR-2-YOU ada jawapannya kerana perkhidmatan/aplikasi  ini menawarkan pengalaman pengembaraan dengan perluasan liputan dan menawarkan promosi istimewa untuk percutian anda.

SOCAR adalah  aplikasi perkongsian kereta dengan lebih 2,000 kenderaan yang terdiri daripada 36 model berbeza di lebih 1,000 lokasi di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Ipoh, Melaka dan Seremban.

Aplikasi sewaan kereta pertama di Malaysia yang  juga  berhasrat mengubah landskap pengangkutan negara dengan membawakan era baru dalam mobiliti pelbagai tujuan  kini memperluaskan perkhidmatan SOCAR-2-YOU di Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia dengan menawarkan kemudahan penghantaran SOCAR ke depan pintu bagi lebih ramai pemandu.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan SOCAR, anda perlu membuat tempahan pemanduan selama minimum dua hari bagi menikmati potongan RM150 dengan menggunakan kod ‘CUTI150

Muat turun aplikasi SOCAR di Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR bagi mengetahui promosi dan pelbagai tawaran terkini daripada SOCAR. 

Paling menarik, tidak terdapat sebarang had penggunaan kerana kod promosi tersebut boleh digunakan untuk semua pengembaraan anda sama ada ke pulau, pantai atau bandar sekali pun.

Di mana anda boleh mendapatkan perhidmatan SOCAR?

  • Di Lembah Klang, kawasan liputan kini turut merangkumi Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Shah Alam, Kota Kemuning, Setia Alam dan Klang.
  • Di Pulau Pinang, perkhidmatan ini kini tersedia di Gelugor, Tanjung Tokong, Jelutong dan Air Itam.
  • Di Johor, zon liputan baharu termasuk Johor Jaya dan Pasir Gudang.
  • Buat kali pertama, perkhidmatan SOCAR-2-YOU juga boleh didapati di Ipoh dan Melaka.

Antara terma dan syarat yang perlu anda ketahui sekiranya ingin mendapatkan perkhidmtana SOCAR:

  1. Tempahan minimum dua hari penggunaan kereta.
  2. Kod promosi boleh digunakan berulang kali.
  3. Kod promosi tidak boleh digunakan untuk model kereta MINI dan BMW.

Muat turun aplikasi SOCAR di Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR bagi mengetahui promosi dan pelbagai tawaran terkini daripada SOCAR. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *