Hari kebangsaan atau kemerdekaan negara adalah hari istimewa dalam hati setiap warganegara kerana pada hari inilah kita mengimbas semula perjuangan mereka yang membawa kepada keamanan yang dikecapi kini.
Sempena sambutan bekenaan juga, pelbagai acara dilakukan untuk memeriahkan sambutan dan tidak hanya terhad kepada pengucapan semata-mata, tapi ada juga yang mengabadikan warisan kemerdekaan dengan merujuk kepada ikatan kekeluargan dalam setiap bangsa yang ada di Malaysia.
Jenama tudung terkenal dalam kalangan muslimah dan hijabis, dUCK, memperkenalkan koleksi terkini iaitu Warisan dUCK sempena kemerdekaan negara yang akan disambut 31 Ogos ini.
Pengasas dUCK, Vivi Yusof, berkata koleksi berkenaan dilancarkan dengan tema Warisan dUCk: A Tribute to Family Heirlooms sebagai menghargai pusaka kebanggaan keluarga yang mana dalam kehidupan seharian banyak benda yang diwariskan turun temurun dalam kalangan sesama ahli keluarga terutama daripada ibu kepada anak perempuan atau daripada kakak kepada adik.
The Warisan dUCK memberi penghormatan kepada pusaka keluarga berharga yang telah diwarisi turun temurun, melambangkan ikatan kasih sayang dan warisan yang berkekalan sempena bulan kemerdekaan ini.
“The Warisan dUCk di Setia diinspirasikan daripada corak dan warna rumit sehelai kain batik tradisional, serta dua produk lain iaitu rangkaian tudung dan beg yang merakamkan intipati warisan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Zonasuri baru-baru ini.
dUCK, nama besar dalam senario fesyen di Malaysia juga adalah jenama gaya hidup untuk setiap wanita sederhana yang bercita-cita besar di seluruh dunia dan selain tudung, jenama ini turut menawarkan produk seperti beg, aksesori, dan koleksi pakaian siap dipakai.
Tambah Vivi lagi, Warisan dUCK dinamakan Cinta, Teguh, Setia, Harmoni, Damai dan Sejahtera dan kesemuanya digarap dengan cukup teliti oleh pasukan khas yang menangani koleksi berkenaan.
“Setiap produk diolah dengan teliti untuk membangkitkan rasa nostalgia dan kaitan dengan masa lalu.
“Dalam kempen ini, kami menampilkan tiga keluarga Malaysia daripada latar belakang etnik yang berbeza sebagai melambangkan tiga etnik yang melatari negara kita,” katanya.
Melayu mengetengahkan Vivy sendiri berserta ibu dan anak perempuannya, pengasas BloomThis, Penny Choo dan ibu mewakili etnik Cina dan model Malaysia, Vanizha Vasanthanathan serta ibu dan neneknya mewakili India.
Kisah peribadi ketiga-tiga keluarga ini adalah pusaka keluarga yang dihargai sekali gus menyerlahkan latar warna budaya yang pelbagai yang menjadikan Malaysia begitu unik.
dUCK sebelum ini pernah berkolaborasi dengan jenama antarabangsa seperti Disney, Barbie, Warner Bros, Monopoly, Baskin-Robbins, Miss Universe dan Fox Movies dengan tujuh butik dUCK di Kuala Lumpur dan Singapura.
Tudung yang ditawarkan dalam himpunan Warisan dUCK diperbuat daripada fabrik kapas voile yang bersifat ringan, berangin dan teksturnya bersifat lembut serta selesa. Hijabis tidak akan terasa rimas atau terbeban dengan bahan yang melitupi kepala sendiri.
Didatangkan dengan pembungkusan kotak keras bertandatangan dUCk sendiri, dilengkapkan lagi dengan pesona keluli tahan karat, menjadikannya sempurna sebagai hadiah Merdeka kepada orang tersayang.
Manakala beg membeli-belah Warisan yang diperbuat daripada kanvas akan dilancarkan pada 27 Ogos ini diseiringkan dengan pelancaran siri podcast baharu yang meneroka kepentingan pusaka keluarga dalam masyarakat Malaysia.
Tudung koleksi Warisan dUCK boleh didapati pada harga RM250 sehelai manakala beg kanvas (RM60) menerusi pembelian di laman web dUCK (www.getduck.com), aplikasi dan di semua kedai dUCK di gedung beli-belah tertentu di Kuala Lumpur dan Singapura.