Friday, October 18

Hansaplast perkasakan penjagaan luka dengan penyembuhan optimum

Kajian menunjukkan 91 peratus pesakit yang menjalani prosedur pembedahan rutin mahukan parut yang terhasil mudah ditangani dan tidak begitu meninggalkan kesan buruk pada kulit.

Produk Hansaplast yang memperkasakan ramai pengguna menangani kecederaan seperti luka dan dan kesan pembedahan.

Sehubungan itu, Hansaplast, jenama tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Malaysia malah seluruh dunia dalam menangani kesan luka, melecur atau terbakar memperkenalkan plaster pengurang parut untuk memperkasakan orang ramai menangani kesan berkenaan.

Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia & Singapura, Dr Christopher Vierhaus, berkata sebagai pakar terkemuka dalam penjagaan luka, pihaknya berpegang teguh pada komitmen jenama, ‘Kami Melindungi Anda. Untuk Kehidupan Tanpa Gangguan.

“Daripada calar dan luka kecil dalam kehidupan seharian sehingga keadaan luka yang lebih serius, kecederaan boleh mengganggu rutin harian dan mempengarui kesejahteraan fizikal serta emosi.

“Hansaplast memahami perkara ini dan sedia membantu dengan menawarkan penjagaan luka dan kecederaan yang berprestasi tinggi serta disesuakan dengan keperluan khusus,” katanya pada Persidangan Pertolongan Cemas 2024 di ibu negara, baru-baru ini.

Hansaplast dan St John Ambulan Malaysia mengadakan Persidangan Pertolongan Cemas 2024 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Pemasaran Healthcare Beiersdorf Malaysia & Singapura, Angeline Wong, Ketua Komander merangkap Pengurus St John Ambulan Malaysia, Datuk Lai See Ming, Pengamal Penjagaan Luka dengan pengalaman klinikal lebih 20 tahun, Dr Clement Linus Ampong dan dua pempengaruh iaitu Dr Liyana dan Yana Samsuddin.

Tambah Dr Vierhaus, produk Hansaplat direka khusus dengan sifat mesra pengguna bagi memudahkan suri rumah dan para ibu menangani kecederaan dialami seluruh ahli keluarga.

Aqua Hansaplast .

“Hansaplast menawarkan penjagaan luka dan kecederaan yang berprestasi tinggi dan disesuaikan dengan keperluan khusus.

“Produk kami yang dipercayai di hospital dan di rumah, direka untuk keberkesanan dan kualiti maksimum untuk memastikan penyembuhan yang selamat dan pantas untuk semua.

Hansaplast menawarkan pelbagai produk, daripada plaster standard sehingga saiz XL untuk luka pasca pembedahan yang lebih besar, untuk penyembuhan yang selamat, cepat dan berkesan.

Sementara itu, Angeline berkata berkata, plaster Hansaplast Pengurang Parut yang diperkenalkan mewakili komitmen pihaknya yang tidak berbelah bahagi dalam menyediakan solusi penjagaan luka yang inovatif, khususnya menangani keperluan pasca pembedahan pesakit.

“Kepakaran perubatan adalah sebahagian daripada DNA kami dan kami sentiasa memperbaharui produk kami melalui inovasi perubatan terkini.

“Kami sedar ramai pesakit seringkali terpakasa merawat parut mereka sendiri selepas pembedahan dan plaster pengurang parut kami mencerminkan komitmen Hansaplast terhadap inovasi dan parut selain membantu individu mendapatkan semula keyakinan mereka,” katanya.

Langkah 1 – Bersihkan luka dengan spray pencuci sebelum disapu ubat.

Pada masa sama, turut berlangsung majlis menandatangani MoU untuk Program Penddikan Penjagaan Luka di seluruh negara antara Hansaplast Malaysia dan St John Ambulan Malaysia.

Langkah 2, Lindungi luka dengan menampal plaster Hansaplast.

Yana Samsudin dan Dr Liyana juga turut berkongsi dengan khalayak bagaimana mereka menangani parut pembedahan dengan menggunakan teknologi Hansaplat Pengurang Parut.

Langkah 3: Sapu ubat pada bahagian luka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *