Tuesday, February 10

Lego lancar kempen Lets Go Malaysia 2026 di KLIA
Budaya

Lego lancar kempen Lets Go Malaysia 2026 di KLIA

Lego bukan sebarang mainan meskipun kecil kerana dengan kombinasi dan kebijaksanaan manusia, bahan permainan berkenaan berupaya mewujudkan senario sebuah bandar besar menerusi cantumannya itu. Bahkan Lego juga bukan sahaja menjadi kegemaran kanak-kanak, individu dewasa juga ada yang menjadikan lego sebagai koleksi peribadi kerana keunikan bata kecil berkenaan yang boleh dijadikan apa sahaja bentuk. (Dari kiri) Nina, Datuk Izani, Hani Ezra dan Datuk Sharan Valiran pada majlis pelancaran kempen Lets Go Malaysia 2026 di KLIA baru-baru ini. Sehubungan itu, Kumpulan LEGO dengan kerjasama Malaysia Airports telah melancarkan kempen Let's Go Malaysia 2026, bertujuan mengajak sesiapa sahaja yang gemar mengembara melalui perjalanan kreatif untuk meneroka keindahan Malaysia menerusi...
Kulit kepala, rambut kini boleh ‘selesa’ dengan Suu Balm Scalp Care
i-Sihat

Kulit kepala, rambut kini boleh ‘selesa’ dengan Suu Balm Scalp Care

Rambut mahkota wanita menyebabkan kebanyakan wabita sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan rambut dimiiki sihat, bersinar dan tiada masalah  meskipun mereka berhijab. Sehubungan itu, selain memastikan syampu dan perapi yang digunakan menepati keperluan rambut, tidak kurang juga memilih membuat rawatan rambut untuk memastikan kekuatan dan mutu rambut. (Dari kiri) Dr John O'Shea, Foo Fung Jiun dan Dr Goh Siew Wen pada majlis pelancaran Suu Balm Scalp Care. Bagaimanapun, rawatan di salun atau spa rambut mungkin memerlukan kos yang agak tinggi, jadi mahu atau tidak wanita perlu mencari jalan penyelesaian bagi memiliki rambut sihat. Suu Balm, jenama penjagaan kulit kepala yang diformulasi oleh pakar dermatologi dan diiktiraf dengan pelbagai anugerah, memperkenalkan Suu ...
ABARO diiktiraf Malaysia Book of Records untuk ciri inovatif kasut sekolah
Gaya Hidup

ABARO diiktiraf Malaysia Book of Records untuk ciri inovatif kasut sekolah

Ibu bapa kongsi bagaimana inovasi kasut sekolah ABARO memudahkan cabaran harian mereka Sesi persokalahan 2026 akan bermula tidak lama lagi dan pastinya seluruh ibu bapa sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi memastikan anak selesa melangkah ke sekolah. Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh berkata, setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka berasa selamat, selesa dan yakin setiap kali melangkah ke sekolah. “Di ABARO, kami mendengar kisah dan pengalaman keluarga sebenar, serta memahami cabaran kecil yang mungkin kelihatan remeh tetapi memberi kesan besar dalam kehidupan seharian. “Oleh sebab itu, kami menghasilkan lebih daripada sepuluh ciriinovatif dan menggabungkannya dalam kasut sekolah kami serta menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records,” katanya pa...
Pertolongan cemas asas wajar dipelajari demi orang tersayang
i-Sihat

Pertolongan cemas asas wajar dipelajari demi orang tersayang

Pertolongan cemas asas (Basic Life Support - BLS) sering dipandang remeh dan tidak ramai yang mengambil langkah positif untuk belajar mengenai prosedur ini bagi persediaan menyelamatkan orang  tersayang atau sesiapa sahaja di sekeliling anda. BLS yang dianggap paling asas ialah bantuan pernafasan mulut ke mulut atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) di mana langkah berkenaan kelihatan mudah, namun kenyataannya ada langkah khusus yang perlu diberi penekanan bagi menjamin mutu CPR yang dilakukan. Dr Pak JunWee. Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur, Dr Pak Jun Wee, berkata apabila berlaku kes kecemasan di rumah, ahli keluarga tidak tahu bagaimana untuk menyelamatkan mangsa dan sebaliknya bertindak menelefon ambulan dan menunggu sahaja. “Lebih menyukarkan keadaan...
FILA keluarkan koleksi kasut inspirasi daripada The Powerpuff Girls
Gaya Hidup

FILA keluarkan koleksi kasut inspirasi daripada The Powerpuff Girls

Figura Powerpuff Girls tidak pernah ditelan zaman kerana tiga watak kartun comel itu boleh dikatakan menjadi kesukaan ramai sejak dulu hingga sekarang. Sweet Qismina (kiri) bersama Elyn, Tammy dan Jerene pada majlis pelancaran Fila x Powerpuff Girls di Sunway Oasis, baru-baru ini. Sehubungan itu, jenama besar  sukan ikonik, FILA mencetuskan gelombang nostalgia dan gaya dengan pelancaran koleksi FILA x The Powerpuff Girls dengan mengangkat hero kartun zaman kanak-kanak ke dalam rekaan moden yang penuh keunikan pesona muda. Koleksi ini menyerlahkan gaya harian yang ekspresif dan praktikal, mendorong peminat untuk menonjolkan identiti diri melalui fesyen, diolah semula untuk generasi pencipta gaya masa kini. Sweet Qismina pada majlis pelancaran kasut FILA x Powerpuff Girls...
NIVEA tingkatkan usaha perangi kanser payudara dengan sasaran dana RM7000
Gaya Hidup

NIVEA tingkatkan usaha perangi kanser payudara dengan sasaran dana RM7000

Oktober bulan yang sangat sinonim dengan tindakan memerangi kanser payudara dalam kalangan wanita seluruh dunia amnya dan wanita di Malaysia khususnya, justeru pelbagai kempen diadakan untuk terus mengingatkan kita supaya memerangi  musuh wanita sejagat ini walau apa cara sekalipun.. Berdasarkan kajian terdahulu, kanser payudara merangkumi 32.1 peratus daripada semua kes kanser wanita di Malaysia dan lebih separuh daripada diagnosis masih dilakukan pada peringkat yang lewat, sekali gus menegaskan betapa pentingnya pengesanan awal dan keberanian untuk bersuara. Dr Vierhaus bergambar bersama-sama dengan para jemputan pada majlis berkenaan. Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura. Dr. Christopher Vierhaus, berkata pihaknya mengambil berat mengenai situasi kanser pay...
Amway komited tangani sel penuaan cara fitonutrien dan mikrobiom usus
i-Sihat

Amway komited tangani sel penuaan cara fitonutrien dan mikrobiom usus

Usia persaraan dinanti oleh hampir semua individu dengan impian untuk menikmati hidup sihat bersama pasangan, anak dan cucu mahupun sahabat handai serta berpeluang melalui percutian yang menggembirakan. Sehubungan itu untuk mendapatkan usia tua yang sihat, penggemblengan usaha ke arah memperoleh kehidupan cemerlang perlu dilakukan sejak awal dan tidak pernah terlambat untuk kesihatan yang menceriakan. Dari kiri - Mike, Jason dan Dr Syam di forum ringkas mengenai penjagaan kesihatan dari dalam menerusi pengambilan buah-buahan secara sihat. Pengarah Urusan Amway  Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina, Mike Duong berkata Amway secara global sentiasa melakukan penambahbaikan terhadap kesihatan manusia menerusi kebolehupayaan yang ada pada pihaknya. "Sejak 50 tah...
Jaya Grocer Memperluas Barisan Grab Signatures Brands Bagi Private Labels, Memperkasa Usahawan Tempatan
Gaya Hidup

Jaya Grocer Memperluas Barisan Grab Signatures Brands Bagi Private Labels, Memperkasa Usahawan Tempatan

Jaya Grocer memperkasa usahawan tempatan dengan memperluaskan produk barisan Grab Signatur bagi label peribadi seperti Kfry, Village Park, Inside Scoop dan KGB yang sudah pasti dikenali ramai dalam kalangan penggemar makanan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer, Daniel Teng, berkata pihaknya teruja untuk memperluaskan rangkaian Private Labels mereka yang telah dikumpulkan dengan teliti bagi memenuhi citarasa dan kualiti yang diharapkan pelanggan. Village Park Sambal Nasi Lemak “Melalui Grab Signatures Brands, konsep ini telah membantu pemilik restoran mengurangkan jurang di antara restoran dan rak runcit, membawa rasa istimewa mereka dari meja makan di kedai ke dapur-dapur di rumah. “Hari ini, kami menambah lebih banyak jenama tempatan yang digemari dalam kalangan pelangga...
Piza Seni Bidadara dibakar secara tradisional, enak!
Makan2Makan

Piza Seni Bidadara dibakar secara tradisional, enak!

Menikmati piza bersama rakan atau keluarga adalah perkara biasa, namun jika anda singgah di warung piza Seni Bidadara di Kampung Lubok Kawah, Jerteh, Kuala Terengganu, pastinya pengalaman makan piza anda menjadi luar biasa kerana piza dimaksudkan ini dibakar menggunakan dapur arang. Warung piza Seni Bidadara. Lebih mengujakan warung comel ini berlokasi bersebelahan bendang padi dan ada anak air mengalir di tepinya, justeru acara makan piza anda pastinya tidak akan terlupakan. Penulis berpeluang singgah di warung ini bersama-sama beberapa rakan dan ternyata cadangan rakan penulis supaya cuba piza yang disediakan secara manual ini tidak sia-sia kerana keenakan yang sukar dilupakan. Piza Seni Bidadara yang mendapat sambutan ramai. Pengasas Piza Seni Bidadara, Che Ku Arsad Che ...
Nasi Dubai penuhi selera penggemar menu Timur Tengah
Makan2Makan

Nasi Dubai penuhi selera penggemar menu Timur Tengah

Nasi Arab atau nasi Mandy sering menjadi pilihan ramai sekiranya ingin menikmati hidangan yang ada elemen Timur Tengah, namun kini ada satu lagi nasi yang bakal menjadi saingan kepada kedua-dua jenis nasi ini, iaitu nasi Dubai. Set Nasi Dubai boleh dibeli dengan minuman SipySip. Meskipun masih baru dalam kalangan penggemar nasi yang dimasak menggunakan minyak sapi ini, nasi Dubai tidak kurang hebat penangannya kerana makin dikenali ramai. Muhammad Taufik Alias atau lebih dikenali dengan nama Tuan Que di media sosial menawarkan nasi Dubai dan SipySip yang kini mula dikenali ramai. Pengasas nasi Dubai, Muhammad Taufik Alias atau lebih dikenali dengan nama @tuan_q.u.e di media sosial berkata beliau memulakan perniagaan nasi Dubai bersama-sama rakan, Ashraf Bahador yang dikenali s...