Emax Beauty bantu wanita tampil cantik!
Cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah dambaan setiap wanita, namun kadang-kala untuk merawat keseluruhan badan memerlukan masa dan kekangan inilah yang membuatkan wanita bertangguh mengunjungi pusat kecantikan.
Lebih parah, rawatan rambut tidak boleh disekalikan dengan rawatan kuku kaki kerana perlu membuat janjitemu di lain hari, tetapi situasi ini tidak akan berlaku jika anda mengunjungi Emax Beauty yang terletak di Pavillion Bukit Jalil.
Wilson Lee dan isteri melancarkan pembukaan Emax Beauty di Pavillion Bukit Jalil, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee, menekankan pihaknya mengambil keputusan mengadakan nilai tambah terhadap jenama kecantikan berkenaan sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat selain menanga...