PediaSure Growth Cam bantu ibu kesan anak bantut
Kajian menunjukkan bahawa 60 peratus pertumbuhan tinggi kanak-kanak berlaku pada lima tahun pertama kehidupan.
Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi perhatian apabila anak memperlihatkan sikap tidak mahu makan kerana pemakanan turut mempengaruhi pertumbuhan mereka.
Pastikan si kecil anda tidak mengalami bantut dengan PediaSure GrowthCam. Kredit foto: PediaSure.
Pengarah perubatan, perniagaan pemakanan Abbott Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata pemakanan penting untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak secara sihat.
"Pertumbuhan yang perlahan bukan hanya masalah fizikal, bahkan keadaan berkenaan turut mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
“Justeru, untuk membantu ibu bapa mengenali tanda anak kekurangan zat makanan dan memastikan pertumbuhan anak b...