Tag: kanser serviks

i-Sihat

Pemeriksaan awal elak wanita daripada kanser serviks

Pada 2020, seramai 1,740 wanita  didiagnos menghidap kanser serviks atau pangkal rahim di Malaysia dan 991 kematian dicatatkan akibat kanser ini berdasarkan Globocon Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali gus meletakkan kanser serviks sebagai antara 10 jenis kanser paling tinggi menyerang rakyat negara ini. Bagaimanapun, kanser serviks dikatakan mampu dicegah sekiranya seseorang wanita itu melakukan pemeriksaan pap smear. Benarkah kenyataan itu? Pakar Pembedahan Laparoscopy dan Gynae-Oncology, Hospital Pantai Laguna Merbok Sungai Petani, Dr Mathews Joy Mathew berkata, setiap wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi mengelakkan mereka terhindar daripada kanser serviks. Dr Mathews Joy Mathew, Pakar Pembedahan Laparoscopy dan Gynae-Oncology di Hospital Pantai Laguna Merbo...