Pelbagai jenis gaya aksesori cantik penyambung pelitup muka
Budaya norma baharu yang semakin serasi dengan masyarakat kini menyaksikan pelbagai fesyen pelitup muka dipakai setiap individu sejurus melangkah keluar dari kediaman untuk ke tempat kerja mahupun melakukan urusan harian.
Tindakan berkenaan dilakukan bertujuan melindungi diri daripada jangkitan wabak COVID-19 selain penggunaan pelitup kini adalah wajib dan denda RM1,000 dikenakan pihak berkuasa sekiranya tidak memakai pelitup muka.
Tidak hairanlah kini pelbagai fesyen pelitup muka dijual di pasaran, namun kebanyakannya ditawarkan dalam bentuk tali yang digantung di telinga, sekali gus menyukarkan pemakaian bagi wanita berhijab.
Oleh itu, kini timbul pelbagai gaya penyambung pelitup muka (mask extension) di pasaran. Ada yang menggunakan bahan seperti getah atau plastik dan tidak kurang...