Saturday, April 20

Tag: Muhammad Asyraaf Aiman

Klinik PKSK Tahun 6 Zona Didik disertai lebih 700 peserta
Zona Didik

Klinik PKSK Tahun 6 Zona Didik disertai lebih 700 peserta

Klinik PKSK Tahun 6 Zona Didik dilaksanakan secara dalam talian. (Gambar Zona Suri) BANGI: Menyeronokkan dan amat membantu, itu antara komen peserta Klinik Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 6 Zona Didik yang dilaksanakan secara dalam talian, baru-baru ini. Sejak sesi pertama yang dianjurkan pada 3 November lalu, program anjuran Alfy Legacy itu mendapat sambutan memberangsangkan apabila lebih 700 murid Tahun 6 dari seluruh negara menyertai Klinik PKSK itu. Sambutan menggalakkan itu menyebabkan Alfy Legacy menganjurkan sebanyak empat sesi dengan setiap sesi membabitkan kira-kira 150 hingga 180 peserta. Peserta sesi keempat, Muhammad Asyraaf Aiman Mukmin, mengakui sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) menerusi aplikasi Google Meet itu banyak membantu beliau membuat pers...