Pendarahan paru-paru, ketahui sebab dan pencegahannya.
Pastinya ramai yang masih ingat mengenai pelakon tanah air yang dimasukkan ke hospital dan ditidurkan akibat pendarahan paru-paru atau pulmonary hemorrhage (pendarahan pulmonari) tidak berapa lama dulu.
Merujuk kepada National Library of Medicine, Amerika Syarikat (AS) yang memetik satu kajian di Perancis mengatakan, rata-rata penghidap pendarahan pulmonari ialah mereka yang berusia 54 tahun dan 71 peratus pesakit ialah lelaki dan rata-ratanya merokok.
Pendarahan paru-paru boleh membawa maut sekiranya tidak dicegah dari awal. (Gambar hiasan)
Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, wanita juga tidak terkecuali menghadapi ancaman pendarahan pulmonary.
Pakar Perubatan Dalaman dan Respiratori, Hospital Pantai Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang, Dr Umadevi A Muthukumaru berkata, i...