Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon
Shweta akan mengakhiri tugasnya selaku Ratu Malaysia Universe 2019, September ini.
KUALA LUMPUR: Ratu Malaysia Universe 2019, Shweta Sekhon tidak teragak-agak untuk menerima tawaran berlakon sekiranya skrip yang ditawarkan bersesuaian dengan dirinya.
Shweta yang bakal mengakhiri tugas rasminya selaku ‘Duta Malaysia’ pada 5 September 2020 berkata, beliau bersedia untuk mencuba bidang lakonan bagi mencabar dirinya.
“Ketika ini saya agak sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi selaku Ratu Malaysia Universe, tetapi selepas ini saya ingin mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan.
“Saya sedia mempertimbang tawaran dalam bidang itu jika ada watak yang bersesuaian, tetapi bidang ini sesuatu yang baharu bagi saya dan banyak yang perlu saya belajar,” kata wanita jelita ini ketika ditemui pa...