Maggi Sah Malaysia, mengimbau kenangan menerusi makanan
KUANG: MAGGI® mendorong rakyat Malaysia berkongsi semangat membantu mereka yang memerlukan sekali gus mengetengahkan kecekalan mereka yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan menerusi makanan.
Geeta dan Juan ketika melancarkan Kempen Maggi Sah Malaysia, di Kuang. Foto: Zona Suri.
Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia Berhad), Geetha Balakrishna berkata, masakan adalah sebahagian elemen penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan MAGGI berbangga kerana berpeluang menyokong selama hampir 50 tahun dalam menyediakan sajian makanan sendiri yang enak dan seimbang.
“Hampir semua orang mempunyai memori MAGGI® yang boleh dikongsi bersama, sama ada sajian pertama yang mereka masak, sajian ringkas yang merapatkan hubungan dengan orang tersayang atau masakan rumah yang me...