Thursday, March 28

Maggi Sah Malaysia, mengimbau kenangan menerusi makanan

KUANG: MAGGI® mendorong rakyat Malaysia berkongsi semangat membantu mereka yang memerlukan sekali gus mengetengahkan kecekalan mereka yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan menerusi makanan.

Geeta dan Juan ketika melancarkan Kempen Maggi Sah Malaysia, di Kuang. Foto: Zona Suri.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia Berhad), Geetha Balakrishna berkata, masakan adalah sebahagian elemen penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan MAGGI berbangga kerana berpeluang menyokong selama hampir 50 tahun dalam menyediakan sajian makanan sendiri yang enak dan seimbang.

“Hampir semua orang mempunyai memori MAGGI® yang boleh dikongsi bersama, sama ada sajian pertama yang mereka masak, sajian ringkas yang merapatkan hubungan dengan orang tersayang atau masakan rumah yang mengingatkan ahli keluarga.

“Kami amat bersyukur sehingga kini MAGGI® sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia dan percaya sajian yang dimasak sendiri adalah satu tanda kasih sayang dan dapat memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini,” katanya pada acara kempen MAGGI® Sah Malaysia, di Kuang, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols dan empat selebriti yang sudah tidak asing dengan jenama MAGGI iaitu Sheila Rusly, Stacy Anam, Datin Paduka Eina Azman dan Bala Ganapathi William.

Kempen MAGGI® Sah Malaysia dilakukan untuk menyemai sikap optimistik dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi masakan yang berupaya menyatukan semua individu walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Bahkan, makanan yang berkhasiat juga berupaya mengekalkan memori bagi setiap individu bagaimana mereka menjalani kehidupan dengan ahli keluarga atau orang yang disayangi.

Sehubungan itu MAGGI® turut menderma sebanyak 50,000 kit makanan kepada komuniti B40 sempena bulan kemerdekaan menerusi kempen dinamakan Sah Malaysia itu.

Sementara itu Juan berkata, warga kerje Nestle sentiasa berusaha untuk memberi makanan yang terbaik kepada sesapa sahaja yang memerlukan.

“Di Nestlé, kami sentiasa komited dengan pegangan ‘Nourishing Malaysia,’ membantu komuniti mendapatkan makanan yang lebih bermutu dan menjalani gaya hidup sihat melalui pelbagai jenis program.

“MAGGI® Sah Malaysia antaranya contoh komitmen Nestlé, memberikan sumbangan kepada masyarakat dengan cara bermakna melalui produk kami yang menjadi keperluan di kebanyakan isi rumah rakyat Malaysia,” katanya pada acara sama.

Jemputan dan media yang hadir ketika majlis Kempen MAGGI Sah Malaysia di Kuang. Foto: Zona Suri.

Bagi Sheila Rusly, Maggi memberikan ingatan manis apabila beliau mencuri-curi memasak di dapur tanpa pengetahuan neneknya dan makanan berkenaan dimakan bersama adik beradik yang lain.

Eina Azman yang juga duta MAGGI® Secukup Rasa gembira menggunakan produk Maggi kerana memudahkan tugas memasak di dapur untuk hidangan sekeluarga dan Bala menganggap produk Maggi adalah penyelamat ketika beliau mencari-cari makanan yang sesuai untuk dimakan kerana memakai pendakap gigi.

Sheila Rusly melakukan demonstrasi masakan menggunakan produk Maggi. Foto: Zona Suri.

Peraduan MAGGI® Sah Malaysia Beli & Menang

Bermula dari 1 Ogos sehingga 30 September 2020, dengan setiap pembelian produk MAGGI®, peserta layak untuk menyertai peraduan MAGGI® Sah Malaysia dengan menghantar penyertaan melalui pos ataupun WhatsApp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *