Tuesday, April 23

Bina kreativiti si kecil dengan Mega Bloks Toys”R”Us

Permainan bongkah Mega Bloks yang diedarkan secara eksklusif di Toys”R”Us membantu meningkatkan perkembangan kognitif si kecil. (Gambar Toys”R”Us)

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Toys”R”Us, jenama permainan kanak-kanak terkenal, mendapati kira-kira 50 peratus ibu bapa di Asia meluangkan masa hanya satu hingga empat jam dalam seminggu untuk bermain dengan anak mereka.

Berdasarkan Kajian Waktu Bermain Toys“R”Us itu, lebih 53 peratus daripada 22,000 responden terdiri daripada ibu bapa di Asia menyatakan bahawa mereka juga tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai permainan bersesuaian dengan umur serta cara untuk bermain dengan anak-anak mereka.

Di Malaysia, kajian sama yang dijalankan peruncit barang permainan, bayi dan pendidikan terkemuka itu, mendapati 33.4 peratus ibu bapa mengakui secara purata hanya meluangkan masa antara satu jam hingga empat jam seminggu untuk bermain dengan anak-anak mereka.

Seramai 36.4 peratus ibu bapa di Malaysia juga mengakui apabila meluangkan masa bersama-sama si kecil, mereka mengalami kesukaran untuk mengetahui permainan yang bersesuaian dengan usia anak-anak mereka termasuk cara bagi mengimbangi antara keseronokan dengan perkembangan pembelajaran.

Ketua Pegawai Perdagangan Toys“R”Us Asia, Jo Hall, berkata Kajian Waktu Bermain Toys“R”Us dibangunkan bagi memahami cabaran yang dihadapi kebanyakan ibu bapa ketika bermain dengan anak kecil mereka.

Selain itu, katanya, kajian itu juga diharap dapat mengetahui cara terbaik bagi menyokong si kecil untuk mendapat kegembiraan dan perkembangan yang sebaiknya menerusi waktu bermain tidak berstruktur.

“Dengan waktu bekerja yang lebih panjang dan jurang antara generasi yang lebih besar, jelas sekali bahawa ibu bapa memerlukan lebih banyak sokongan membabitkan cara untuk memaksimumkan waktu bermain yang terhad.

“Oleh itu, Toys“R”Us bersedia membantu mengatasi isu berkenaan menerusi kajian ini yang diharap dapat memudahkan ibu bapa untuk menumpukan ke arah pemupukan imaginasi kanak-kanak dan mengalakkan pembelajaran menerusi permainan,” katanya.

Luangkan masa bersama anak anda dengan permainan baharu daripada Mega Bloks Toys”R”Us. (Gambar Toys”R”Us)

Kajian yang dijalankan pada peringkat Asia itu membabitkan lebih 20,000 ibu bapa di lima negara iaitu Hong Kong, Singapura, Malaysia, China dan Jepun, manakala tinjauan di Malaysia pula membabitkan 4,807 ibu bapa.

Antara dapatan daripada kajian yang dijalankan di Malaysia, sebanyak 66.9 peratus ibu bapa mahu meningkatkan kreativiti imaginasi anak mereka dan 59.8 peratus pula mahu waktu bermain dapat membantu membentuk kemahiran kognitif serta sosial anak-anak mereka.

Berdasarkan dapatan itu, Mega Bloks, jenama blok binaan untuk kanak-kanak kecil yang memenangi anugerah dan dijual secara eksklusif di Toys“R”Us Malaysia adalah permainan yang menepati semua keperluan itu.

Mega Bloks memberikan manfaat unik dengan membantu ibu bapa berasa lebih yakin, mampu untuk menjadikan waktu bermain lebih menarik dan menyeronokkan, selain melatih kreativiti, pembangunan kognitif serta kemahiran sosial anak-anak mereka.

Mega Bloks First Builders adalah jenama blok binaan prasekolah yang diperbuat daripada bahan yang paling selamat, tanpa toksik dan tahan lasak.

Blok lembut dan bersaiz besar itu sesuai untuk tangan si kecil berusia antara satu hingga lima tahun dan menjadi pilihan ibu bapa di seluruh dunia bagi segmen permainan prasekolah.

Bagi menyokong lagi usaha ibu bapa mengatasi cabaran waktu bermain dan memberikan si kecil mereka permulaan perkembangan yang baik, Toys“R”Us turut melancarkan siri kandungan media sosial.

Rangkaian set mainan Mega Bloks First Builders boleh didapati di semua gedung Toys“R”Us dan kedai dalam talian miliknya.

Potensi binaan tanpa had

Ibu bapa yang ingin melatih keupayaan kognitif dan kreativiti si kecil boleh mencuba Big Building Bag (RM79.99), yang mengandungi 80 blok berwarna. Permainan itu sesuai digunakan oleh kanak-kanak untuk membina pelbagai bentuk dan struktur yang boleh mereka bayangkan, sekali gus membantu si kecil membentuk keyakinan dan belajar melalui uji kaji sambil menerokai segala potensi baharu.

Sertai pengembaraan muzikal

ABC Musical Train Building Set(RM119.99) memberi si kecil pendedahan awal kepada ABC, menyokong perkembangan pembelajarannya dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Si kecil boleh membina set kereta api yang dicetak dengan huruf-huruf abjad dengan mudah, dan menekan cerobong asap untuk mendengar bunyi kereta api sebenar serta lagu mengenai abjad.

Mengira dan bermain

Let’s Get Learning Building Set (RM179.99) menyokong si kecil belajar mengira, menggunakan nombor dan piktogram yang dicetak pada blok berkenaan. Permainan yang mengandungi 150 bongkah blok itu mempunyai pelbagai cara untuk bermain dan membantu kanak-kanak membina kombinasi bangunan yang berbeza sambil membentuk pemahaman mengenai warna, objek yang serupa dan banyak lagi.

Dunia imaginasi

Ibu bapa yang ingin membentuk kemahiran motor dan bercerita si kecil pastinya akan mendapat pelbagai keseronokan waktu bermain serta pendidikan bernilai dalam set mainan Peek A Blocks. Produk yang bermula daripada RM59.99 itu menggalakkan permainan kendiri bagi membina kemahiran berfikir secara kreatif dan motor kasar. Set mainan itu didatangkan dengan patung-patung haiwan comel yang akan membawa si kecil ke dalam dunia yang menyeronokkan dengan kejutan peek-a-boo.

Mengembara bersama-sama haiwan 

Set mainan Eco-Friends menggalakkan si kecil untuk belajar mengenai haiwan dan melatih kemahiran pemadanan kognitif mereka, sambil menerokai dunia hidupan liar dan alam yang lebih luas di sekeliling mereka. Anak-anak dan ibu bapa boleh bermain bersama-sama dengan memadankan serta menyusun blok mesra alam ini yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *