Thursday, November 21

Pakaian dalam, wanita bak sokongan dua beradik saling menyayangi

Coli memainkan peranan penting terhadap penampilan wanita kerana selain mengekalkan bentuk payudara agar terletak elok, coli juga meningkatkan keyakinan diri wanita tanpa mengira situasi.

Butik Triumph di Pavilion menawarkan koleksi coli menawan sempena Musim Bunga/Panas 2021. Foto; Triumph Malaysia.

Triumph Malaysia baru-baru ini melancarkan koleksi Musim Bunga/Panas 2021 di butik terbaru di pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Coli yang ditawarkan itu direka khusus dengan ciri yang mengambil kira potongan, bahan yang digunakan selain keselesaan yang bakal dinikmati ketika memakainya.

Antaranya ialah Natural Elegance, mengenengahkan ciri rekaan tak lapuk dek zaman dan ikonik memaparkan sokongan optimum dengan jahitan berpadanan untuk mencipta lurah payudara secara semula jadi.

Renda flora lembut dan boleh regang menghiasi mangkuk berlapik dan berwayar selain pada tali untuk gaya yang feminine, manakala Natural Elegance Smooth  menawarkan mangkuk boleh-nafas yang berlapik nipis serta sokongan yang licin pada bahagian belakangnya.

Coli dan seluar dalam sedondon diperbuat daripada fabrik renda sama ditawarkan Triumph untuk wanita yang mementingkan keselesaan. Foto; Triumph Malaysia.

Sculpt Pashmina Rose mesti dimiliki sekiranya ingin tampil yakin kerana dijahit dengan sling luar yang sentral berfungsi mengangkat dan mencipta efek langsing yang ketara, tali bahu lebih lebar, sisipan jala yang lebih meregang pada sisi juga wayar bawah berkusyen.

Natural Elegance, Natural Elegance Smooth dan Sculpt Pashmina Rose kini boleh didapatkan sehingga ke saiz mangkuk E,  dijual pada harga RM249, RM279 (top) dan RM 79.90 – RM 89.90 (seluar dalam).

Untuk pilihan lain, Pure Invisible pula menawarkan lapisan mangkuk WINCOOL® untuk kawalan suhu 360-darjah dan sesuai untuk musim panas dan mangkuknya yang licin menjadikannya tidak kelihatan di bawah busana dan bahagian belakang dengan pelbagai opsyen menambah versatility itu boleh dibeli dalam padanan berwayar dan berlapik.

Sculpt Pashmina Rose juga hadir dalam warna lembut yang menawan. Foto; Triumph Malaysia.

Bagi anda yang mencari coli dengan padanan sempurna, Fit Smart 2.0 hadir dalam mangkuk boleh regang 4D yang menawarkan tolakan dan sokongan yang sentral, manakala renda yang menawan direka khusus untuk memberikan fleksibiliti pada pergerakan anda sepanjang hari.

Direka dengan renda dan kain kait, coli ini akan terasa cukup elok pada kulit selain tampak cantik. Digabungkan dengan kemampuan untuk mengubah tali kepada gaya silang belakang dengan cangkuk yang direka berkemampuan sedemikian, anda akan terasa seperti ratu fesyen tanpa kompromi terhadap keselesaan.

Inginkan gaya mewah, Aqua Freesia menepati ciri mewah yang dicari kerana dilengkapi renda dekoratif yang diinspirasikan alam semula jadi selain lapik inovatif WINCOOL® dan pad aqua boleh-nafas yang cukup ringan mencipta rasa ringan dan berangin bila terkena kulit anda di kala cuaca sedang kehangatan.

Pure Invisible adalah coli musim panas yang sesuai untuk semua wanita. Foto; Triumph Malaysia.

Aqua Rosie ditawarkan dalam tona merah membara dengan lapik aqua push-up dan lapisan modal amat lembut bagi mencipta lurah dada paling sempurna dengan selesa. Kedua-duanya direka dalam gaya deep V paling terkini untuk musim ini.

Sebarang maklumat lanjut layarihttps://my.triumph.com/pages/fit-smart-2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *