Thursday, November 21

Atlas Vending bantu pengusaha dengan Sapot SME

Pembekal mesin layan diri terbesar di Malaysia, ATLAS Vending,  menjadikan Hari Malaysia lebih bermakna dengan kempen Sapot SME yang menampilkan kerjasama pelbagai jenama melibatkan 13 Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dari setiap negeri di Malaysia.

Pengguna bebas membeli produk halal menerusi mesin disediakan Atlas Vending untuk kempen Sapot SME.

Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sokongan ATLAS Vending, Amy Gan, berkata sempena Hari Malaysia, ATLAS Vending mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik ini.

“Kami menawarkan mesin layan diri kami sebagai saluran jualan berautomasi bagi membantu meluaskan lagi jangkauan mereka dan memilih Sapot SME sebagai tema untuk kempen ini.

“Kerjasama ATLAS Vending dan PKS ini mensyaratkan setiap PKS meletakkan produk kegemaran tempatan yang disahkan Halal di dalam mesin ATLAS Vending di Balai Perlepasan KLIA Ekspres di Terminal Udara Kuala Lumpur,” katanya kepada Zona Suri, baru-baru ini.

Pengguna bebas membeli produk halal menerusi mesin disediakan Atlas Vending untuk kempen Sapot SME.

Kempen Sapot SME ini adalah fasa pertama konsep ATLAS Minit Mart terbaru yang dilancarkan oleh ATLAS Vending bagi menawarkan rangkaian produk yang lebih meluas melalui mesin layan diri.

Jenama yang menyertai kempen Sapot SME ini ialah Madina Food (Perlis), Nature’s Fresh (Kedah), Yee Hup Hiong Piah (Perak), TalentCook (Pulau Pinang), TFN (Selangor), myEureka (Melaka), Rehan (Negeri Sembilan), Azhar Food (Johor), Tokey Sambal Hitam (Pahang), Anopokku (Terengganu), Akifcafe (Kelantan), Heera Enterprise (Sabah) dan Lee Fah Mee (Sarawak).

Pengguna bebas membeli produk halal menerusi mesin disediakan Atlas Vending untuk kempen Sapot SME.

Amy berkata, Inisiatif ini dilakukan selaras dengan usaha ATLAS Vending bagi membantu PKS tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Dalam kerjasama ini, 13 PKS terpilih boleh menggunakan mesin layan diri ATLAS Vending untuk mengembangkan lagi akses pasaran mereka, menjangkau kumpulan pengguna yang lebih luas dengan menawarkan kemudahan untuk membeli produk mereka pada bila-bila masa melalui mesin layan diri tersebut.

“Bagi melindungi pengguna yang berulang-alik menerusi hab perjalanan KL Sentral semasa pandemik ini, ATLAS Vending memasang lampu UV yang berupaya menghapuskan 99.99 peratus kuman di atas papan kekunci yang kerap disentuh pengguna,” katanya.

ATLAS Vending memasang lampu UV yang berupaya menghapuskan 99.99 peratus kuman di atas papan kekunci yang kerap disentuh pengguna.

Tambahnya lagi, bagi melindungi para pelanggan daripada terdedah kepada sinar UV, ciri lampu UV itu akan terpadam secara automatik apabila alat pengesan gerakan mengesan ada orang menghampiri mesin layan diri tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *