Kerjasama hospital, bank utamakan pelanggan

Kesihatan harta paling berguna bagi setiap individu dan dengan taraf kesihatan yang memuaskan, setiap individu boleh melakukan apa sahaja aktiviti hatta melancong ke mana-mana destinasi yang dipilih.

Sipika (kanan) dan Diza ketika majlis menandatangani kerjasama persefahaman antara IHH Healthcare dan Bank Mega di Jakarta, baru-baru ini.

Sehubungan itu, adalah penting memastikan apabila mahu bercuti atau ke luar negara, individu tahu lokasi pusat perubatan, pasaraya mahupun pihak berkuasa tempatan yang boleh dirujuk sekiranya berlaku sesuatu.

Mungkin ramai yang tidak tahu ada institusi kesihatan mengadakan kerjasama dengan bank untuk kemudahan pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan seperti ke hospital atau memerlukan pengangkutan awam untuk ke lapangan terbang dan ke destinasi pilihan lain.

Ketua Pegawai Komersial IHH Healthcare Malaysia, Sipika Singh berkata, IHH sentiasa bersiap siaga menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan untuk masyarakat di negara ini.

“IHH Healthcare Malaysia sentiasa berada di garis hadapan dalam menyediakan layanan kesihatan yang berkualiti di Malaysia dan kami dengan tegas menempatkan setiap pesakit kami di pusat kesihatan yang kami sediakan.

“Pasukan kami terdiri daripada lebih 1200 pengamal kesihatan professional yang memanfaatkan teknologi perubatan canggih dan peralatan mutakhir PET-CT, Gamma Knife, Sistem Bedah Robotic Da Vinci dan LINAC,” katanya dalam satu majlis kerjasama dengan Bank Mega, Indonesia di Jakarta, baru-baru ini.

Hadir sama ke majlis berkenaan ialah wakil Direktur Utama Bank Mega, Diza Larentie.

Perjanjian persefahaman dengan bank ternama di Indonesia itu dilakukan untuk meningkatkan kemudahan layanan kesihatan yang berkualiti untuk pemegang akaun Bank Mega yang melancong atau bercuti ke Malaysia.

Spika juga berkata, melalui kerjasama yang dimeterai, pihak IHH sangat bersemangat untuk menyediakan pilihan layanan kesihatan yang sangat bernilai kepada pemegang akaun Bank Mega.

“Melalui perjanjian eksklusif ini, pemegang kartu kredit Bank Mega akan menikmati manfaat khusus, termasuk harga preferensial, keutamaan janji temu dan paket kesihatan khusus.

“Ini termasuklah potongan harga untuk semua paket pemeriksaan kesihatan, diskaun untuk bilik dan makanan, pengangkutan percuma dari lapangan terbang ke lokasi yang dipilih dan ujan kesihatan percuma,” katanya.

Sipika turut menjelaskan bahwa perjanjian itu diadakan bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan IHH Healthcare Malaysia sebagai penyedia layanan kesihatan pilihan untuk pelancong Indonesia  yang melakukan percutian berasaskan perubatan/kesihatan di Malaysia.

Antara jaringan pusat perubatan terkemuka yang termasuk dalam senarai perjanjian ini ialah seperti Hospital Gleaneagles, Hospital Pantai dan Pusat Perubatan Prince Court.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *