Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan
Senario kanak-kanak bergigi rongak atau gigi rosak sering dianggap perkara biasa dalam masyarakat kita sejak berzaman, namun hakikatnya keadaan berkenaan perlu dipandang serius kerana boleh mendatangkan kesan tidak baik untuk kanak-kanak itu sendiri.
Penjagaan gigi kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Kredit foto: Prof Madya Dr Nor Azlida Mohd Yusof (Sumber gambar: Murthy et al. 2013, Journal of Advanced Oral Research.)
Pensyarah Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof Zamros Yuzadi Mohd Yusof, berkata Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan program penjagaan gigi kanak-kanak di mana setiap tahun juruterapi pergigian akan melawat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menjalankan pemeriksaan gigi, rawatan preventif serta...