Wednesday, April 24

Mitsui Outlet Park KLIA tawar RM350,000 baucar membeli-belah

Antara pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama baucar RM500. (Gambar Zona Suri)

SEPANG: Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-5 Mitsui Outlet Park KLIA (MOP KLIA), jenama pusat beli-belah dari Jepun yang menyediakan pelbagai produk pekilang itu menawarkan baucar membeli-belah bernilai sehingga RM350,000!

Pengunjung bertuah pusat beli-belah yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu juga boleh memenangi lebih 5,000 hadiah sepanjang promosi hebat itu yang diadakan bermula 24 Julai lalu sehingga 31 Ogos 2020.

Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah, berkata pihaknya menganjurkan pelbagai acara menarik sepanjang Ogos ini bagi menghargai pengunjung MOP KLIA yang mula dibuka lima tahun lalu.

“Kami meraikan pencapaian tahun kelima ini dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan yang menyokong MOP KLIA sehingga berjaya, selain membantu mereka yang menghadapi kesukaran sejak wabak COVID-19 bermula.

“Oleh itu, kami menggalakkan orang ramai untuk membeli-belah di MOP KLIA kerana ada pelbagai promosi hebat sepanjang Ogos ini dan anda mungkin antara pemenang acara yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

MOP KLIA jadi pilihan pengunjung kerana pelbagai jenama terkenal sering menawarkan pelbagai promosi. (Gambar Zona Suri)

MOP KLIA yang terletak dalam perjalanan ke KLIA atau kira-kira 45 minit dari Kuala Lumpur menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik menerusi potongan harga istimewa di kebanyakan kedai di pusat beli-belah itu.

Antara jenama yang ada di MOP KLIA ialah kasut Adidas, Furla, Aprilia, Nautica, Crocodile, Ralph Lauren Children, MC Vogue, Khaskha, Vans dan Herschel Supply Company.

Berikut adalah antara promosi yang boleh disertai:

Pick & Win

Pelbagai acara diadakan khusus untuk pengunjung MOP KLIA. (Gambar Zona Suri)

Berbelanja sekurang-kurangnya RM300 dalam dua resit dan anda berpeluang menyertai cabutan Pick & Win yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk hadiah utama iaitu baucar membeli-belah bernilai RM500.

Acara menarik ini hanya dijalankan pada hujung minggu dan cuti umum sepanjang Ogos ini. Selain baucar membeli-belah, pelanggan juga mungkin berpeluang pelbagai baucar eksklusif jenama terkenal yang ada di MOP KLIA.

Peraduan media sosial

Rakam gambar dan sertai peraduan media sosial MOP KLIA. (Gambar Zona Suri)

MOP KLIA meraikan sambutan Ulang Tahun ke-5 itu dengan hiasan bertemakan musim bunga dan amat sesuai untuk pengguna Instagram.

Sertai peraduan Hi FIVE! Happy Birthday, MOP KLIA! dengan merakam gambar di latar pentas yang terletak di Sunshine Square dan kongsikan gambar berkenaan dalam Facebook dengan menulis tanda pagar #Happy5MOPKLIA #Hi5MOPKLIA

Satu lagi peraduan media sosial adalah dengan merakam gambar berlatarkan struktur bertulis I Love MOP KLIA yang ada di Pintu Masuk 5 MOP KLIA. Jangan lupa untuk menulis tanda pagar #ILOVEMOPKLIA.

Count the 5

Kira jumlah angka 5 di sekitar tapak sambutan Ulang Tahun ke-5 MOP KLIA. (Gambar Zona Suri)

Pengunjung boleh memenangi baucar bernilai RM50 dengan menyertai peraduan Count the 5, iaitu mengira jumlah angka 5 di sekitar kawasan sambutan Ulang Tahun ke-5 MOP KLIA.

Peserta perlu menghantar penyertaan menerusi kod QR yang disediakan di tapak sambutan di Sunshine Square.

Lahir pada 31 Ogos

Pelanggan yang lahir pada 31 Ogos boleh menebus baucar bernilai RM50 dari MOP KLIA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *