Friday, March 29

Hargai ibu dengan gajet, pasti hidup lebih berwarna

Hari Ibu sering disambut meriah tanpa mengira bangsa mahupun keturunan kerana seluruh dunia menghargai figura individu dinamakan ibu menyebabkan setiap anak bersiap sedia dengan pelbagai kejutan untuk ibu mereka.

Bagi mereka yang mempunyai banyak masa membuat persiapan bagi menghargai ibu, tidak mustahil merancang sesuatu seperti membawa ibu ke restoran untuk menjamu selera atau membawa ibu ke pusat beli-belah bagi memenuhi keperluan ibu dalam berfesyen.

Paling tidak pun, andai tidak mampu menghadiahkan ibu dengan hadiah istimewa, layangkan ucapan menerusi peranti mudah alih atau telefon pintar yang anda miliki.

Pun begitu, jangan sekali-kali melupakan ibu apatah lagi memandang sebelah mata terhadap ‘kuasa’ seorang ibu menggunakan telefon pintar kini kerana ibu kita juga mempunyai keinginan untuk berhubung dengan anak serta mengirimkan khabar bersama gambar mereka sendiri.

Compasia.com (Compasia) sempena Hari Ibu 2022 menawarkan pelbagai gajet menarik untuk dijadikan hadiah kepada ibu tersayang merangkumi telefon pintar, ipad dan jam tangan pintar untuk kegunaan ibu.

Ungkapan Technology and mums disuguhkan Compasia ternyata sesuai untuk ibu-ibu kini yang pastinya gembira sekiranya mereka berpeluang memiliki alat perhubungan pintar yang berupaya membuatkan mereka berasa dekat dengan anak-anak yang mungkin jauh di kota atau di perantauan.

Ada pelbagai model ditawarkan antaranya iPhone 12 Pro bermula pada harga RM2999 dan Samsung Galaxy Note 20 Ulta serendah RM2399 atau iPhone 13 Pro Max (RM4549) dan S21Ultra pada nilai RM3149.

Sekiranya ibu anda termasuk dalam kumpulan ibu yang bekerja di rumah serta gemar mengisi masa dengan bermain ‘game’ secara dalam talian mahupun banyak berurusan menerusi emel, apa kata hadiahkan beliau iPad.

Jangan lupa juga untuk memastikan ibu anda dalam keadaan sihat dengan menggalakkan insan yang banyak berjasa dalam hidup anda menjalani gaya hidup sihat dengan jam tangan Apple yang mampu memberi maklumat mengenai kesihatan.

Sempena Hari Ibu ini juga, pembeli layak menerima potongan harga RM40 untuk setiap peranti yang dibeli kini sehingga 15 Mei dengan menggunakan kod promo ‘MOTHER40.’

Sebarang maklumat lanjut, lawati lawati laman web https://shop.compasia.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *