Friday, November 15

Manfaat buah, sayur daripada perspektif Mohana

Mohana Gill, 83, cukup beruntung kerana berpeluang mencorak kehidupan sihat untuk seluruh ahli keluarga dengan mengenengahkan kebaikan buah-buah  mahupun sayur-sayuran tempatan menerusi buku dihasilkan beliau.

Mohana Gill, penulis buku Fruitastic!

Dilahirkan di Burma dan kemudian menyambung pelajaran di Eropah, Mohana berkahwin dengan doktor dari Malaysia yang membuatkan beliau kerap mengembara kerana menemani suami yang bertugas ketika itu.

“Saya mendapat idea menghasilkan buku bagaimana pemakanan boleh menjadikan kita kelihatan muda dan kekal cergas ketika mengikut suami ke persidangan di luar negara  mengenai anti penuaan.

“Ada banyak elemen yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan diri dan saya melakukan kajian serta mencari maklumat mengenainya manakala pada masa sama rakan-rakan pula mencadangkan saya menghasilkan buku masakan,” katanya ketika ditemubual di kediaman beliau di Bangsar, baru-baru ini.

Antara buku dihasilkan Mohana di bawah siri Hailey.

Bercakap lebih lanjut, Mohana kemudian memutuskan untuk menghasilkan buku mengenai buah-buahan dan terhasillah Fruitastic (2006)yang memperincikan pelbagai jenis buah berserta asal-usul buah berkenaan dan nilainya terhadap manusia.

Hidangan berasakan vegan disediakan Mohana ketika sesi temubual di kediamannya, baru-baru ini

Lebih mengujakan mengenai buku berkenaan, Mohana turut menyediakan beberapa resipi seperti jus, sorbet, hidangan utama dan manisan pembasuh mulut berasaskan buah-buahan yang ditulis di dalam buku berkenaan.

Fruitastic memenangi hadiah khas juri dan anugerah buku terbaik dunia di Anugerah Gourmand Dunia dan pada 2017 buku yang sama tersenarai sebagai antara buku terbaik dunia,

Selepas Fruitastic, pada tahun sama Mohana terus mengorak langkah untuk berkongsi lebih banyak kebaikan lain seperti sayur-sayuran pula dengan menghasilkan Vegemania serta menghasilkan buku kanak-kanak dengan judul Hayley’s Fruitastic.

Antara buku dihasilkan Mohana di bawah siri Hailey.

“Hayley adalah cucu saya dan buku menggnakan nama beliau diterbitkan dalam bentuk siri iaitu Hayley’s Fruitastic Garden dan Hayley’s Vegemania Garden (2010).”

“Manakala Vegemania saya tulis untuk dedikasi terhadap anak saya yang mengamalkan pemakanan vegan,” katanya sambil mempersilakan penulis menikmati hidangan tengah hari berasakan vegan.

Mohana tidak melupakan tanah kelahirannya, Burma, dengan menghasilkan buku masakan berasaskan hidangan Burma iaitu Myanmar Cuisine, Culture and Customs pada 2014 dan memenangi Best Asian Book in the World seterusnya Happylicious pada 2015.

Vegemania yang mengutarakan kebaikan sayur tempatan oleh Mohana.

Happylicious kemudian diterbitkan secara bersiri mengandungi lapan buku dengan tajuk Hayley’s Happylicious dengan memfokus kepada buah, sayur, kekacang, bijrin, coklat dan teh.

Hayley’s Flowerlicious Malaysia pula menemui pembaca pada 2021 dan dijadikan buah tangan di Kongres Dunia IBBY juga diiktiraf oleh Gourmand World dan terkini Mohana merakam kisah ibunya dalam buku istimewa yang diberi judul Leela (2022).

Buku dihasilkan Mohana boleh didapati di gedung buku di seluruh negara terutama di MPH, Popular dan Book Depository.

Berikut adalah judul buku dihasilkan Mohana:

  • Fruitastic! (2006)
  • Vegemania! (2006)
  • Hayley’s Fruitastic Garden (2010)
  • Hayley’s Vegemania Garden (2010)
  • Myanmar Cuisine, Culture & Customs (2013)
  • Happylicious (2015)
  • Hayley’s Vibrant Vegetables (2016)
  • Hayley’s Sensational Seeds (2016)
  • Hayley Madness for Chocolates (2016)
  • Hayley Goes Nutty (2016)
  • Hayley’s Terrific Teas (2016)
  • Hayley’s Passion for Pulses (2016)
  • Hayley’s Grainy Goodness (2016)
  • Hayley’s Fantastic Fruits (2016)
  • Hayley’s Fruitastic Malaysia (2019)
  • How the Durian Came to Be and Other Stories: Myths and Legends of Southeast Asian Fruits (2019)
  • Hayley’s Awesome Malaysian Animals (2019)
  • Flowerlicious (2019)
  • Hayley’s Flowerlicious Malaysia (2021)
  • Leela (2022)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *