McDonald’s Malaysia Bayar Zakat Perniagaan RM2 Juta Bagi Tahun 2021
McDonald’s Malaysia membayar zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada semua 14 negeri di Malaysia.
Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia dan Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menyampaikan cek replika yang melambangkan sumbangan Zakat syarikat kepada wakil-wakil Agensi Pungutan Zakat dari 14 buah negeri.
Pembayaran bagi tahun 2021 ini adalah jumlah terbesar sejak McDonald’s Malaysia mula membayar Zakat perniagaan lima tahun lalu, sejak syarikat itu diambil alih Lionhorn Pte. Ltd., sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi.
Majlis penyampaian berkenaan diadakan di McDonald's Putrajaya Presint 2 oleh Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, Azmir ...