Saturday, December 21

Tag: zonasuri

Wanita perkasa dengan marathon tazkirah
Gaya Hidup

Wanita perkasa dengan marathon tazkirah

Marathon Tazkirah 24 Jam sempena sambutan Hari Wanita bertema Melahirkan Wanita Madrasah Utama Ummah hari ini, 8 Mac, membicarakan pelbagai topik bermanfaat mencakupi dunia dan kehidupan wanita. Barisan asatizah yang mengambil bahagian dalam Marathon Tazkirah 24 Jam sempena Hari Wanita 2021. Acara julung kali diadakan seumpamanya itu anjuran Dari Wanita Untuk Wanita, mengenengahkan 27 asatizah yang berbicara secara terus-menerus dan berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung muka buku selama 24 jam. Antara yang menarik perhatian ialah mengenai darah wanita (darah haid) dan siapakah yang perlu memberi perhatian terhadap situasi berkenaan, sama ada suami atau isteri sendiri, yang diperkatakan oleh Ustazah Ayu Suhana. Banyak topik menarik diutarakan pada marathon sempena Har...
Kebun tepi rumah bawa keceriaan
Gaya Hidup

Kebun tepi rumah bawa keceriaan

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memanfaatkan masa dan bagi Rosnida Othman dan suami, Dr Mohd Azlan Mis, halaman sisi rumah adalah tempat terbaik untuk mereka bergabung tenaga mengisi masa dengan cara sihat. Rak tanaman tersusun rapi di bahagian tepi rumah. Kredit Foto: Dr Azlan Mis. Minat bercucuk tanam sejak muda, kedua-duanya sepakat menjadikan halaman tepi rumah sebagai kebun sayur mini atau taman bunga selain berbasikal setiap pagi sekiranya berkesempatan. Rosnida memulakan hobi bercucuk-taam sejak lima tahun lalu. Kredit foto: Dr Azlan Mis. Memulakan hobi menanam sejak lima tahun lalu, Rosnida hanya bermula dengan beberapa jenis pokok seperti sawi dan pak choy yang kesemuanya ditanam di dalam botol plastik yang dikitar semula. “Setelah beberapa lama, saya dan suami...
Serum Susuk untuk kecantikan wajah
Citra Cantik

Serum Susuk untuk kecantikan wajah

Serum adalah produk kecantikan yang dianggap sebagai bahan pelengkap untuk penjagaan kulit wajah agar tampak muda dan lambat dimamah usia. Kebiasaannya, serum dioles pada kulit wajah selepas penggunaan penyegar dan kemudian diikuti oleh pelembap serta krim siang atau krim malam. Serum Susuk menjadikan kulit tampak remaja. Kredit foto: puremade.com Serum juga adalah cecair bersifat ringan yang diformulasi dengan bahan tertentu agar cepat meresap ke dalam kulit. Serum Susuk diperkenalkan Puremade antaranya mengandungi bahan bermanfaat untuk kulit seperti vitamin C, herba Wilow, zaitun, niacinamide, asid hyaluronik, which hazel, Japanese Blood Grass dan bahan pelembat 24TM. Serum Susuk sesuai untuk semua jenis kulit. Pengasas bersama Puremade, Shamira Abdullah, berkata ser...
Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih
i-Sihat

Berus Interdental jadikan gigi lebih bersih

Sebagaimana kulit wajah yang menjadi keutamaan dalam penjagaan harian, gigi juga adalah antara perkara penting yang perlu dijaga. Jangan fikir apabila melihat gigi tersusun cantik bak mutiara, ia bebas daripada sebarang masalah atau kerosakan. Berus kecil yang boleh didapati dalam pelbagai warna ini berfungsi membersikan gigi hingga ke bahagian yang paling dalam (gambar hiasan). Kredit foto: Lazada.com Ini kerana bakteria yang ada di dalam mulut akan bertindak merosakkan tulang gigi seterusnya akan berlaku kerosakan yang lebih teruk terhadap gigi. Keadaan itu boleh menyebabkan nafas berbau, gigi dan gusi juga akan terjejas teruk. Doktor Nur Ayman Ab Haei dari klinik pergigian di Ampang, berkata ada banyak alat permbersih gigi yang boleh digunakan bagi mengelakkan kerosakan ...