Maena Water Chalet tawar pengalaman berbeza kepada pengunjung
Setiap individu mempunyai citarasa tersendiri lebih-lebih lagi dalam urusan percutian kerana ada yang menggemari suasana ibu kota yang sentiasa ‘hidup’ dan mungkin ada juga yang memilih elemen pantai.
Bagi yang memilih bercuti di tepi pantai, tentunya deru ombak atau bunyi air berkocak menjadi halwa telinga, malah bagi kaki pancing mungkin itulah destinasi terbaik mereka kerana selain memancing, dapat juga menghabiskan masa berkualiti bersama-sama keluarga.
Maena Water Chalet menawarkan pengalaman percutian yang menarik kepada individu yang gemar suasana laut. Kredit gambar: Maena Water Chalet.
Maena Water Chalet di Tumpat, Kelantan menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka yang gemar dengan suasana laut kerana chalet terapung itu dibina dengan teratur di atas permukaan air dan...