Makan2Makan

Wagashi terlebih cantik sayang nak makan
Makan2Makan

Wagashi terlebih cantik sayang nak makan

Manisan lazim dijadikan pemanis mulut tetamu yang datang berkunjung ke rumah sama ada ketika majlis berlangsung atau pada hari-hari biasa. Tidak keterlaluan dikatakan manisan juga menjadi kegemaran semua tanpa mengira faktor usia atau bangsa sekalipun. Manisan kecil comel ini buat kita fikir banyak kali untuk makan. Foto: Arkib Zona Suri. Dalam masyarakat Jepun, wagashi adalah antara manisan tradisional yang dihasilkan mengikut musim di negara matahari terbit itu. Dihasilkan daripada pes kacang putih dan kacang merah, makanan comel itu ditempa dengan cukup berhati-hati dan halus seni buatannya. Wagashi dihasilkan Doris ketika bengkel berlangsung. Foto: Arkib Zona Suri Pembuat wagashi, Doris  Lam Swee Li, berkata beliau memilih wagashi untuk dipelajari kerana sangat ...
Tapai Banjar istimewa, mudah disediakan
Makan2Makan

Tapai Banjar istimewa, mudah disediakan

Tapai beras bukan sesuatu yang baru dalam senarai menu tradisional masyarakat berbilang budaya di negara ini, bahkan setiap individu kenal akan pemanis mulut dihasilkan daripada beras pulut yang diperam dengan ragi itu. Tapai Banjar yang istimewa kerana menggunakan pewarna asli. Foto: Arkib Zona Suri. Bagi masyarakat Banjar umpamanya, tapai beras adalah pemanis mulut yang sangat istimewa kerana sering dihidangkan ketika majlis penting berlangsung seperti kenduri kahwin, kenduri kesyukuran dan majlis akikah. Muziah Sulaiman, 52, berkata tapai Banjar sama sahaja rasanya seperti tapai biasa, namun yang membezakannya ialah teknik pembuatan tapai yang menggunakan pewarna asli. Muziah bersama tapai berwarna hijau yang dihasilkan daripada pucuk manis dan pandan. Foto: Arkib Zona Suri...
Resipi butter chicken paling mudah dan enak
Makan2Makan

Resipi butter chicken paling mudah dan enak

KUALA LUMPUR: Butter chicken dikatakan berasal daripada hidangan Barat kerana menggunakan susu cair dalam penyediaannya, tetapi disesuaikan dengan cita rasa tempatan dengan tambahan daun kari dan sayur-sayuran seperti lobak merah serta brokoli. Hidangan ini enak dimakan begitu sahaja, tetapi jika dinikmati dengan nasi panas rasanya lebih sedap dan meningkatkan selera. Ramai yang mengatakan sukar untuk menyediakan butter chicken, namun sebenarnya hidangan itu amat mudah untuk dimasak. Butter chicken hanya memerlukan beberapa bahan yang sememangnya sudah ada di dapur kebanyakan rumah, namun jangan lupa daun kari kerana bahan utama inilah yang menyedapkan rasa butter chicken. Butter chicken juga sebahagian daripada lauk bagi hidangan shell out. Rasanya manis berlemak dita...
Epal Lenswood Pink Lady rangup bersari, sesuai untuk pelbagai resipi
Makan2Makan

Epal Lenswood Pink Lady rangup bersari, sesuai untuk pelbagai resipi

Kuala Lumpur: Epal merah atau hijau sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan kudap-kudapan bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sihat atau dalam erti kata lain epal bagus untuk menurunkan berat badan. Bahkan epal hijau terutama sudah sebati dengan ungkapan pengambilan sebiji epal hijau setiap hari boleh menjauhkan anda daripada sebarang serangan penyakit sekali gus tidak perlu berjumpa doktor. Epal Lenswood Pink Lady yang rangup dan enak. Epal Pink Lady atau Lenswood  Pink Lady daripada Australia juga tidak kurang hebat kerana memiliki tekstur rangup dan tahap kemanisan yang sangat berpadanan dengan nilai sebiji epal yang enak. Pengarah Eksekutif  The Model Cook (TMC), Viviaen Lee, berkata TMC sentiasa berusaha untuk membantu sesiapa sahaja memperoleh makanan yang s...
Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan
Makan2Makan

Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan

Masakan Negeri Sembilan atau disebut Nismilan sentiasa mengingatkan kita kepada kepedasan yang boleh membuatkan telinga berdesing kerana terlalu pedas, namun semakin pedas semakin sedap pula rasanya. Daging salai masak lemak cili padi boleh membuatkan selera bertambah. Foto: Zona Suri. Benarlah kata sesetengah individu ‘pedas’ sentiasa mengundang selera makan sehingga kadang kala terlupa sudah dua kali nasi ditambah ke dalam pinggan. Paling menarik perhatian mengenai masakan Nismilan ialah bawang bukan bahan utama jika ingin menyediakan menu daging salai masak lemak cili padi dan ada juga yang memilih menggunakan ikan keli salai. Hakikatnya, walaupun tiada bawang dan hanya memerlukan empat bahan utama, iaitu santan, serai, cili padi dan kunyit, menu berkenaan tetap berjaya men...
Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?
Makan2Makan

Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?

Nasi punten hijau kegemaran Aslinda dan keluarga. KUALA LUMPUR: Nasi atau karbohidrat (karbo) sering dianggap sebagai musuh utama bagi individu yang ingin mengawal berat badan kerana karbo juga mengandungi gula yang akan membuatkan badan menjadi cepat gemuk. Memandangkan nasi mengandungi karbo yang tinggi, ramai menolak hidangan nasi dalam usaha menurunkan berat badan dan menggantikannya dengan melebihkan hidangan serat serta protein. Lebih menyukarkan keadaan, ada individu tidak boleh meninggalkan hidangan nasi dan perlu mengambilnya setiap hari walaupun mengetahui nasi adalah sumber karbo yang berupaya menjadikan berat badan naik. Dalam carta pengambilan makanan sihat seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Suku Suku Separuh, sama nilainya dengan suku (nasi), s...
Skon beri biru sesuai untuk minum petang
Makan2Makan

Skon beri biru sesuai untuk minum petang

DAMANSARA: Beri biru bukan sahaja enak dimakan mentah atau dijadikan salad buah-buahan, buah berwarna ungu pekat itu juga sering menjadi antara bahan penting dalam pembuatan skon atau kek. Chef Selebriti yang juga pengasas SukaSucre Bistro, Chef Datuk Fazley Yaakob berkata, beliau sudah mengenali beri biru sejak kecil ketika kedua-dua ibu bapa menetap di New Zealand lebih 30 tahun lalu. Chef Datuk Fazley Yaakob bersama skon beri biru yang dihasilkan dengan menggunakan beri biru US Highbush. Foto: Arkib Zona Suri. “Ketika itu, arwah bapa menuntut di sana dan saya sudah terdedah dengan buah beri yang boleh dimakan begitu sahaja, malah dengan khasiat yang dimilikinya, beri biru antara buah yang enak untuk dimasukkan ke dalam salad. “Saya juga membawa beri biru ketika mendaki Gunu...
Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam
Makan2Makan

Jumlah kalori dan lemak berbeza bagi setiap bahagian potongan ayam

Ramai gemar memilih paha ayam atau kepak ayam terutama apabila digoreng atau dibakar kerana dikatakan lebih rangup dan lembut. Tidak kurang juga yang menggemari dada ayam kerana lebih banyak daging, manakala kaki ayam yang dibasuh bersih dan dimasak sup atau kari juga mempunyai peminat tersendiri khususnya di Korea Selatan. Bagaimanapun, berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi akaun Facebook Nutritionist Perak, paha ayam bukan sahaja mengandungi tinggi lemak, tetapi juga kalori. “Bahagian paha ayam atau lebih dikenali sebagai chicken drumstick dan bahagian atas paha ayam (chicken thigh) adalah bahagian yang mengandungi tinggi lemak iaitu 13.1 g. “Lemak pada bahagian ini diperoleh daripada kulit yang melapisinya, justeru pengguna dikehendaki berhati-hati ji...