Saturday, December 21

Tag: zonasuri

dUCK lancar koleksi khas motif ‘kartun’ kesukaan ramai
Citra Cantik

dUCK lancar koleksi khas motif ‘kartun’ kesukaan ramai

Jenama tudung dikenali ramai, dUCk melancarkan koleksi tudung dan persalinan bermotif watak dihasilkan Disney  pada koleksi Mickey Mouse I dUCK yang mana kerjasama ini juga adalah kerjasama yang ke-10 antara kedua-duanya. Koleksi tudung Mickey Mouse l dUCK yang terkini berdasarkan motif watak Disney. Pengasas bersama Kumpulan dUCK, Vivy Yusof berkata sehingga hari ini beliau masih tidak percaya bahawa dUCK sudah berkolaborasi sembilan kali dengan Disney. "Kami sangat teruja untuk membawa Mickey Mouse yang disayangi ke dalam medium rekaan dUCk dan setiap satu koleksi mencabar pasukan kami untuk membawa sesuatu yang baharu kepada pelanggan. “Koleksi Mickey Mouse I dUCk diilhamkan daripada filem pendek animasi Steamboat Willie yang juga dianggap sebagai debut Mickey Mouse,” katan...
Gleneagles Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung
i-Sihat

Gleneagles Lancar Kempen Kesedaran Kesihatan Jantung

Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini menganjurkan kempen ‘Hari Kesedaran Jantung’ di Gurney Paragon sempena Hari Jantung Sedunia 2023. Kempen dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran dalam masyarakat terhadap penyakit jantung dan risikonya selain memangkin penyebaran ilmu pengetahuan kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung. Kempen Hari Kesedaran Jantung 2023 dilancarkan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, baru-baru ini. Pengurus Pemasaran Kanan, Hospital Gleneagles Pulau Pinang (Gleneagles PP), Ai Leen Foo, berkata dengan tema ‘Use Heart, Know Heart pihaknya mengambil pendekatan proaktif untuk masyarakat dapat memantau kesihatan dan memahami risiko penyakit jantung. "Gleneagles PP sangat komited untuk kesejahteraan masyarakat kita dan salah satu usaha untuk...
Piza rendang maman daging salai enak!
Makan2Makan

Piza rendang maman daging salai enak!

Piza makanan asas orang Itali, tapi penduduk Malaysia juga turut menggemarinya kerana mengenyangkan dan mudah dikendalikan. Piza rendang maman daging salai. Pic - zonasuri.com Hal lain yang menyebabkan piza digemari ramai ialah adanya pilihan pelbagai inti yang ditawarkan pembuatnya mahupun restoran makanan segera menjual pizza dengan seribu satu macam inti. Namun jika anda mencari piza beridentitikan Melayu atau memiliki elemen tempatan, piza ditawarkan Kafe Kayo ini tentunya memenuhi selera kerana keunikan dan keenakannya. Pizza rendang maman daging salai yang juga ‘signature dish’ bagi kafe berkenaan yang terletak di Tampin ternyata enak dan amat menyelerakan untuk dinikmati pada bila-bila masa sekali pun. Lembut dan aroma yang mencetus ‘perut lapar’ antara faktor unik ...
Sukan renang lonjak nama Zara Aleesya
Gaya Hidup

Sukan renang lonjak nama Zara Aleesya

Gajet elektronik sering menjadi pilihan ibu bapa untuk diberikan kepada anak sebagai alat ‘mendiamkan’ mereka ketika di rumah, di dalam kenderaan atau ketika ibu bapa sibuk bekerja. Zara Aleesya dan ibunya ketika kejohanan Renang Fin Malaysia 2023 di Pusat Akuatik Paroi, Seremban. Pic - Zonasuri.com Bagi Haslinda Haron dan suami, Mohammad Suadi, mereka memilih untuk tidak membiasakan anak dengan gajet, sebaliknya menggalakkan anak menceburi bidang sukan seperti renang yang mempunyai manfaat tersendiri. “Saya dan suami mengambil keputusan mendorong Zara Aleesya belajar berenang kerana berenang bagus untuk psikomotor kanak-kanak. “Selain itu, tujuan utamanya ialah mengelakkan Zara daripada terlalu bergantung atau terdedah dengan gajet elektronik,” katanya ketika di temui di Kejo...
Manfaat buah, sayur daripada perspektif Mohana
Gaya Hidup

Manfaat buah, sayur daripada perspektif Mohana

Mohana Gill, 83, cukup beruntung kerana berpeluang mencorak kehidupan sihat untuk seluruh ahli keluarga dengan mengenengahkan kebaikan buah-buah  mahupun sayur-sayuran tempatan menerusi buku dihasilkan beliau. Mohana Gill, penulis buku Fruitastic! Dilahirkan di Burma dan kemudian menyambung pelajaran di Eropah, Mohana berkahwin dengan doktor dari Malaysia yang membuatkan beliau kerap mengembara kerana menemani suami yang bertugas ketika itu. “Saya mendapat idea menghasilkan buku bagaimana pemakanan boleh menjadikan kita kelihatan muda dan kekal cergas ketika mengikut suami ke persidangan di luar negara  mengenai anti penuaan. “Ada banyak elemen yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan diri dan saya melakukan kajian serta mencari maklumat mengenainya manakala pada masa...
Hargai ibu dengan gajet, pasti hidup lebih berwarna
Gaya Hidup

Hargai ibu dengan gajet, pasti hidup lebih berwarna

Hari Ibu sering disambut meriah tanpa mengira bangsa mahupun keturunan kerana seluruh dunia menghargai figura individu dinamakan ibu menyebabkan setiap anak bersiap sedia dengan pelbagai kejutan untuk ibu mereka. Bagi mereka yang mempunyai banyak masa membuat persiapan bagi menghargai ibu, tidak mustahil merancang sesuatu seperti membawa ibu ke restoran untuk menjamu selera atau membawa ibu ke pusat beli-belah bagi memenuhi keperluan ibu dalam berfesyen. Paling tidak pun, andai tidak mampu menghadiahkan ibu dengan hadiah istimewa, layangkan ucapan menerusi peranti mudah alih atau telefon pintar yang anda miliki. Pun begitu, jangan sekali-kali melupakan ibu apatah lagi memandang sebelah mata terhadap ‘kuasa’ seorang ibu menggunakan telefon pintar kini kerana ibu kita juga memp...
Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan
i-Sihat

Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan

Senario kanak-kanak bergigi rongak atau gigi rosak sering dianggap perkara biasa dalam masyarakat kita sejak berzaman, namun hakikatnya keadaan berkenaan perlu dipandang serius kerana boleh mendatangkan kesan tidak baik untuk kanak-kanak itu sendiri. Penjagaan gigi kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Kredit foto: Prof Madya Dr Nor Azlida Mohd Yusof (Sumber gambar: Murthy et al. 2013, Journal of Advanced Oral Research.) Pensyarah Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof Zamros Yuzadi Mohd Yusof, berkata Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan program penjagaan gigi kanak-kanak di mana setiap tahun juruterapi pergigian akan melawat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menjalankan pemeriksaan gigi, rawatan preventif serta...
Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan
Citra Cantik

Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan

Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) baru-baru ini melancarkan rangkaian Flavettes NutriSkincare bertujuan memperluaskan lagi portfolio penjagaan kesihatan penggunanya ke dalam segmen kesihatan dan kecantikan melalui jenama mantap Flavettes. Leonard Ariff Abdul Shatar (kanan) dan Wany Hasrita (tengah) pada majlis pelancaran Flavettes NutriSkincare di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata dengan menggunakan slogan “Be Seri-Seri Inside Out,” rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini dibangun bersandarkan populariti produk Vitamin C dalam bentuk tablet. “Flavettes NutriSkincare membantu melindungi kulit, memerangi radikal bebas, membaiki sel kulit yang rosak dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit yang tegang, ce...
Emina tangani masalah kulit remaja
Citra Cantik

Emina tangani masalah kulit remaja

Penjagaan kulit wajah wajar dilakukan sejak daripada usia muda, namun remaja perlu tahu produk bagaimanakah yang sesuai dengan kulit wajah mereka. Emina diformula khusus untuk kulit remaja. Ketua Kumpulan Emina Cosmetics, Clarissa A Gunawan, berkata jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja, Emina, telah memasuki pasaran Malaysia dengan beberapa produknya kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, produk penjagaan kulit dan kosmetik itu direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja serta kehendak kehidupan remaja. Emina ditawarkan untuk remaja yang mementingkan kecantikan kulit wajah. "Emina meletakkan dirinya sebagai satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk gadis remaja k...
Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk  dapatkan ‘yang sebenar!’
i-Sihat

Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk dapatkan ‘yang sebenar!’

Dalam keadaan cuaca panas, mata  paling cepat mengalami kesan seperti iritasi atau kekeringan menyebabkan bertukar kemerah-merahan atau berasa pedih apabila digosok dengan jari. Luqman menggunakan Eye Mo untuk kesihatan mata. Sehubungan itu elakkan menggosok mata sekiranya berasa gatal atau gunakan titisan mata Eye Mo bagi mengatasi masalah berkenaan. Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto berkata, Eye Mo melancarkan Kempen “The Real Thing” untuk terus meningkatkan kesedaran bahawa Eye Mo sudah kembali di pasaran. Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto “Kempen ini juga bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk bertegas meminta Eye Mo apabila mereka mah...