Saturday, July 27

Tag: zonasuri

Hargai ibu dengan gajet, pasti hidup lebih berwarna
Gaya Hidup

Hargai ibu dengan gajet, pasti hidup lebih berwarna

Hari Ibu sering disambut meriah tanpa mengira bangsa mahupun keturunan kerana seluruh dunia menghargai figura individu dinamakan ibu menyebabkan setiap anak bersiap sedia dengan pelbagai kejutan untuk ibu mereka. Bagi mereka yang mempunyai banyak masa membuat persiapan bagi menghargai ibu, tidak mustahil merancang sesuatu seperti membawa ibu ke restoran untuk menjamu selera atau membawa ibu ke pusat beli-belah bagi memenuhi keperluan ibu dalam berfesyen. Paling tidak pun, andai tidak mampu menghadiahkan ibu dengan hadiah istimewa, layangkan ucapan menerusi peranti mudah alih atau telefon pintar yang anda miliki. Pun begitu, jangan sekali-kali melupakan ibu apatah lagi memandang sebelah mata terhadap ‘kuasa’ seorang ibu menggunakan telefon pintar kini kerana ibu kita juga memp...
Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan
i-Sihat

Kesihatan gigi kanak-kanak perlu diutamakan

Senario kanak-kanak bergigi rongak atau gigi rosak sering dianggap perkara biasa dalam masyarakat kita sejak berzaman, namun hakikatnya keadaan berkenaan perlu dipandang serius kerana boleh mendatangkan kesan tidak baik untuk kanak-kanak itu sendiri. Penjagaan gigi kanak-kanak perlu diberi perhatian oleh ibu bapa. Kredit foto: Prof Madya Dr Nor Azlida Mohd Yusof (Sumber gambar: Murthy et al. 2013, Journal of Advanced Oral Research.) Pensyarah Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Prof Zamros Yuzadi Mohd Yusof, berkata Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan program penjagaan gigi kanak-kanak di mana setiap tahun juruterapi pergigian akan melawat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menjalankan pemeriksaan gigi, rawatan preventif serta...
Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan
Citra Cantik

Duopharma manfaatkan vitamin C untuk kecantikan

Duopharma Biotech Berhad (Duopharma) baru-baru ini melancarkan rangkaian Flavettes NutriSkincare bertujuan memperluaskan lagi portfolio penjagaan kesihatan penggunanya ke dalam segmen kesihatan dan kecantikan melalui jenama mantap Flavettes. Leonard Ariff Abdul Shatar (kanan) dan Wany Hasrita (tengah) pada majlis pelancaran Flavettes NutriSkincare di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pengarah Urusan Kumpulan, Duopharma, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata dengan menggunakan slogan “Be Seri-Seri Inside Out,” rangkaian Flavettes NutriSkincare baharu ini dibangun bersandarkan populariti produk Vitamin C dalam bentuk tablet. “Flavettes NutriSkincare membantu melindungi kulit, memerangi radikal bebas, membaiki sel kulit yang rosak dan mengekalkan penghidratan sel untuk kulit yang tegang, ce...
Emina tangani masalah kulit remaja
Citra Cantik

Emina tangani masalah kulit remaja

Penjagaan kulit wajah wajar dilakukan sejak daripada usia muda, namun remaja perlu tahu produk bagaimanakah yang sesuai dengan kulit wajah mereka. Emina diformula khusus untuk kulit remaja. Ketua Kumpulan Emina Cosmetics, Clarissa A Gunawan, berkata jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk remaja, Emina, telah memasuki pasaran Malaysia dengan beberapa produknya kini boleh didapati secara eksklusif di Shopee. Direka untuk menjadi sahabat kecantikan gadis, produk penjagaan kulit dan kosmetik itu direka dan dirumus khusus untuk memenuhi keperluan kulit remaja serta kehendak kehidupan remaja. Emina ditawarkan untuk remaja yang mementingkan kecantikan kulit wajah. "Emina meletakkan dirinya sebagai satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik terkemuka untuk gadis remaja k...
Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk  dapatkan ‘yang sebenar!’
i-Sihat

Eye Mo Didik, Perkasakan Rakyat Malaysia untuk dapatkan ‘yang sebenar!’

Dalam keadaan cuaca panas, mata  paling cepat mengalami kesan seperti iritasi atau kekeringan menyebabkan bertukar kemerah-merahan atau berasa pedih apabila digosok dengan jari. Luqman menggunakan Eye Mo untuk kesihatan mata. Sehubungan itu elakkan menggosok mata sekiranya berasa gatal atau gunakan titisan mata Eye Mo bagi mengatasi masalah berkenaan. Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto berkata, Eye Mo melancarkan Kempen “The Real Thing” untuk terus meningkatkan kesedaran bahawa Eye Mo sudah kembali di pasaran. Naib Presiden Kanan Pemasaran & Operasi Antarabangsa Combiphar, Weitarsa ​​​​Hendarto “Kempen ini juga bertujuan mendidik dan memperkasakan rakyat Malaysia untuk bertegas meminta Eye Mo apabila mereka mah...
Energizer lancar Armor All untuk penjagaan  kereta maksimum
Gaya Hidup

Energizer lancar Armor All untuk penjagaan kereta maksimum

ENERGIZER melancarkan produk terbaru untuk penjagaan kereta bermutu tinggi di bawah label Armor All. Diana Lee (dua dari kiri) pada majlis pelancaran produk Armor All yang diadakan secara dalam talian. Pengarah Perniagaan – Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc, Diana Lee berkata, pihaknya memahami keperluan pelanggan, termasuklah keperluan pemilik kereta yang berubah-ubah ketika pandemik ini, sekali gus menjadikannya sebagai peluang untuk memasuki segmen penjagaan kereta di Malaysia. “Kualiti formulasi Armor All® membolehkan kami menawarkan produk penjagaan kereta yang berkesan, yang menjadikan kereta kelihatan lebih menarik dengan harga yang berpatutan. “Dengan pelbagai rangkaian produk semua dalam satu dan juga produk penggunaan satu langkah yang ada,  mudah...
SOCAR lancarkan perjalanan anda ke mana sahaja destinasi
Gaya Hidup

SOCAR lancarkan perjalanan anda ke mana sahaja destinasi

Larangan rentas negeri sudah dibubarkan sekali gus menyaksikan rakyat Malaysia kembali menyusun pelan perjalanan selain meneruskan rutin harian bekerja di pejabat dan di rumah meskipun masih perlu mengamalkan penjarakan sosial bagi mengelakkan diri daripada Covid-19. Tidak terkecuali ramai juga yang merancang perjalanan jarak jauh untuk bercuti bersama keluarga mahupun rakan-rakan dengan memandu kenderaan sendiri, tetapi bagaimana dengan individu yang tidak mempunyai kenderaan, namun mahu bercuti ke luar kawasan atau daerah? SOCAR menyediakan pelbagai jenis kenderaan untuk kemudahan pelanggan. SOCAR-2-YOU ada jawapannya kerana perkhidmatan/aplikasi  ini menawarkan pengalaman pengembaraan dengan perluasan liputan dan menawarkan promosi istimewa untuk percutian anda. SOCAR ...
Pfizer lancar antibiotik baharu
i-Sihat, Zona Didik

Pfizer lancar antibiotik baharu

Antibiotik sering diabaikan pengambilannya dan tidak mengikut saranan doktor sepenuhnya walaupun fungsinya sangat besar dalam memastikan kesihatan individu berada pada tahap memuaskan. Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, Pengarah Perubatan Pfizer Malaysia, Dr Jerusha Naidoo, berkata Pfizer secara rasmi melancarkan Zavicefta®, sejenis antibiotik gabungan baharu yang dihasilkan untuk merawat jangkitan serius bakteria Gram-negatif yang memerlukan pesakit dimasukkan ke hospital, di Malaysia. “Zavicefta® dilancarkan untuk membantu pesakit yang mengalami jangkitan serius dan dihasilkan untuk menangani bakteria Gram-negatif yang sukar dirawat, di mana banyak jenis semakin kuat rintangan terhadap antibiotik sedia ada. “Terapi antibiotik awal yang mencukupi adalah pe...
Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami
Citra Cantik

Manjakan Diri Anda Dengan Bahan Alami

Minyak kelapa dara terkenal dengan manfaat kaya antioksidan dan dikatakan berupaya melambatkan proses penuaan pada kulit menyebabkan bahan berkenaan sering menjadi pilihan dalam pembuatan kosmetik. Dermoseries diperkaya dengan bahan semula jadi seperti ekstrak soya dan kelapa dara. DR IRMA Dermoseries (Dermoseries), turut mengambil kebaikan minyak kelapa dara dengan menjadikannya sebagai bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit wanita. Pengasas DR. IRMA, Dr Irma Shida Abu Samah merupakan doktor gigi bertauliah yang mempunyai sebuah klinik pergigian di Johor. Pengasas Dermoseries, Dr Irma Shida Abu Samah berkata minyak kelapa dara dan biji soya adalah antara bahan utama dalam pembuatan bahan penjagaan kulit yang diformulasikan beliau dan tidak mengandungi bahan berbaha...
OYO lancar VaccinAid di Malaysia
i-Sihat

OYO lancar VaccinAid di Malaysia

Pengambilan vaksin penting bagi mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 sekali gus menyediakan benteng pertahanan untuk badan supaya mampu melawan virus berkenaan. Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia & Singapura, Tan Ming Luk. Kredit Foto: Rantau Golin Naib Presiden & Ketua OYO Malaysia &Singapura, Tan Ming Luk,  berkata, selaras dengan tuntutan kerajaan yang menyediakan suntikan vaksin percuma untuk rakyat,  OYO menjalakann langkah seiring untuk memudahkan pengunjung atau pelanggan OYO menyemak status kakitangan hotel sekiranya mereka ingin menginap di situ. “OYO telah memperkenalkan VaccinAid di Malaysia, seiring dengan matlamat Pelan Pemulihan Negara (PPN) diperkenalkan Kerajaan dalam meningkatkan keyakinan pelancong serta menghidupkan semula industri ...