Saturday, May 4

Gaya Hidup

Atlas Vending bantu pengusaha dengan Sapot SME
Gaya Hidup

Atlas Vending bantu pengusaha dengan Sapot SME

Pembekal mesin layan diri terbesar di Malaysia, ATLAS Vending,  menjadikan Hari Malaysia lebih bermakna dengan kempen Sapot SME yang menampilkan kerjasama pelbagai jenama melibatkan 13 Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) dari setiap negeri di Malaysia. Pengguna bebas membeli produk halal menerusi mesin disediakan Atlas Vending untuk kempen Sapot SME. Ketua Pemasaran dan Perniagaan Sokongan ATLAS Vending, Amy Gan, berkata sempena Hari Malaysia, ATLAS Vending mahu melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik ini. “Kami menawarkan mesin layan diri kami sebagai saluran jualan berautomasi bagi membantu meluaskan lagi jangkauan mereka dan memilih Sapot SME sebagai tema untuk kempen ini. “Kerjasama ATLAS Vending dan PKS ini mensyaratkan ...
Texas Chicken Merdeka Beats semarakkan irama Malaysia
Gaya Hidup

Texas Chicken Merdeka Beats semarakkan irama Malaysia

Makan ayam, pasti teringat Texas Chicken Malaysia (Texas Chicken) yang menawarkan pelbagai menu berasaskan ayam, enak dan menyelerakan. Texas Chicken menawarkan harga menarik untuk hari ini sahaja sempena hari kemerdekaan Malaysia ke-64. Kredit foto: Texas Chicken Malaysia. Sempena kemerdekaan negara yang ke 64, Chicken Texas bukan sahaja menawarkan hidangan ayam pada harga berpatutan, tetapi turut mempelawa rakyat Malaysia berkongsi bakat dan kretiviti dalam mencipta video muzik berasaskan irama Malaysia. Pemangku Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Jean Tan, berkata Texas Chicken Malaysia ingin menyemarakkan warisan Malaysia dan meraikan bakat tempatan melalui muzik, dalam kempen Merdeka Beats. “Selama beberapa generasi, rakyat Malaysia bersatu dengan diinspirasikan oleh ...
Mondelez kongsi rahsia terapi snek
Gaya Hidup

Mondelez kongsi rahsia terapi snek

Hasil tinjauan menerusi ‘Kajian Pengguna 2021 tentang ‘Snek Bijak’dilakukan Mondelez International Malaysia (Mondelez Malaysia) mendapati 74 peratus rakyat Malaysia mengambil snek sebagai sumber mengurangkan tekanan dan melapangkan fikiran manakala 40 peratus lagi mengambil snek sebagai alas perut pada waktu makan. Ketua Pemakanan Mondelēz International Southeast Asia. Lim Chain Yin, berkata amalan snek bijak tidak bermaksud individu mesti membuat pilihan antara pemakanan sihat atau mengelakkan snek. “Konsep yang ingin kami sampaikan adalah bagaimana anda harus kunyah perlahan-lahan, menikmati setiap suapan dan tumpukan semua pancaindera anda ketika menikmati snek berkenaan,” “Misi kami adalah bagi memperkasa dan membudayakan tabiat pengambilan snek pilihan anda yang betul sekali...
PediaSure Growth Cam bantu ibu kesan anak bantut
Gaya Hidup

PediaSure Growth Cam bantu ibu kesan anak bantut

Kajian menunjukkan bahawa 60 peratus pertumbuhan tinggi kanak-kanak berlaku pada lima tahun pertama  kehidupan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu memberi perhatian apabila anak memperlihatkan sikap tidak mahu makan kerana pemakanan turut mempengaruhi pertumbuhan mereka. Pastikan si kecil anda tidak mengalami bantut dengan PediaSure GrowthCam. Kredit foto: PediaSure. Pengarah perubatan, perniagaan pemakanan Abbott Malaysia, Dr Nina Mazera Mohd Said, berkata pemakanan penting untuk menyokong pertumbuhan kanak-kanak secara sihat. "Pertumbuhan yang perlahan bukan hanya masalah fizikal, bahkan keadaan berkenaan turut mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. “Justeru, untuk membantu ibu bapa mengenali tanda anak kekurangan zat makanan dan memastikan pertumbuhan anak b...
Atlas Vending bekalkan minuman segar untuk petugas barisan hadapan
Gaya Hidup

Atlas Vending bekalkan minuman segar untuk petugas barisan hadapan

Petugas barisan hadapan perubatan boleh dianggap sebagai individu yang banyak berjasa kepada negara lebih-lebih dalam keadaan sekarang, seluruh dunia berhadapan wabak Covid-19 dan negara turut menerima kesannya. Mesin minuman layan diri Atlas Vending memudahkan petugas barisan hadapan perubatan menikmati masa rehat dengan segar dan ceria. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka, pembekal mesin layan diri terbesar di Malaysia, Atlas Vending, berpadu tenaga dengan PepsiCo menawarkan masa rehat yang lebih menyegarkan pada bila-bila masa kepada petugas barisan hadapan perubatan. Ketua Pemasaran & Perniagaan Sampingan ATLAS Vending, Amy Gan, berkata sebanyak 18 mesin layan diri ditempatkan di hospital dan pusat perubatan Kerajaan sekitar Lembah Klang dan di Muar, terma...
Wanita perkasa dengan marathon tazkirah
Gaya Hidup

Wanita perkasa dengan marathon tazkirah

Marathon Tazkirah 24 Jam sempena sambutan Hari Wanita bertema Melahirkan Wanita Madrasah Utama Ummah hari ini, 8 Mac, membicarakan pelbagai topik bermanfaat mencakupi dunia dan kehidupan wanita. Barisan asatizah yang mengambil bahagian dalam Marathon Tazkirah 24 Jam sempena Hari Wanita 2021. Acara julung kali diadakan seumpamanya itu anjuran Dari Wanita Untuk Wanita, mengenengahkan 27 asatizah yang berbicara secara terus-menerus dan berkomunikasi secara langsung dengan pengunjung muka buku selama 24 jam. Antara yang menarik perhatian ialah mengenai darah wanita (darah haid) dan siapakah yang perlu memberi perhatian terhadap situasi berkenaan, sama ada suami atau isteri sendiri, yang diperkatakan oleh Ustazah Ayu Suhana. Banyak topik menarik diutarakan pada marathon sempena Har...
Kebun tepi rumah bawa keceriaan
Gaya Hidup

Kebun tepi rumah bawa keceriaan

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk memanfaatkan masa dan bagi Rosnida Othman dan suami, Dr Mohd Azlan Mis, halaman sisi rumah adalah tempat terbaik untuk mereka bergabung tenaga mengisi masa dengan cara sihat. Rak tanaman tersusun rapi di bahagian tepi rumah. Kredit Foto: Dr Azlan Mis. Minat bercucuk tanam sejak muda, kedua-duanya sepakat menjadikan halaman tepi rumah sebagai kebun sayur mini atau taman bunga selain berbasikal setiap pagi sekiranya berkesempatan. Rosnida memulakan hobi bercucuk-taam sejak lima tahun lalu. Kredit foto: Dr Azlan Mis. Memulakan hobi menanam sejak lima tahun lalu, Rosnida hanya bermula dengan beberapa jenis pokok seperti sawi dan pak choy yang kesemuanya ditanam di dalam botol plastik yang dikitar semula. “Setelah beberapa lama, saya dan suami...
Nama bayi lelaki Puteri Eugenie masih jadi tanda tanya
Gaya Hidup

Nama bayi lelaki Puteri Eugenie masih jadi tanda tanya

Kelahiran bayi sulung Puteri Eugenie dan suami, Jack Brooksbank menjadi bualan dan tumpuan ramai kerana bayi lelaki berkenaan masih lagi tidak bernama. Bukan satu atau dua, malah berderet nama yang diramalkan bakal diberikan kepada cicit Ratu Elizabet dan Putera Phillips itu yang cukup sinonim dengan takhta diraja Inggeris. Puteri Eugenie ketika majlis perkahwinannya dengan Jack Brooksbank di gereja St George, Windsor Castle, Windsor, Britain. Kredit foto: Danny Lawson/Pool via REUTERS Nampak gayanya, apa sahaja berita atau peristiwa yang berlaku di dalam kalangan keluarga di raja Britain akan menjadi perhatian masyarakat seluruh dunia baik cerita mengenai menantu atau anak Ratu Elizabeth. Puteri Eugenie adalah anak kepada Ducches of York, Sarah Ferguson dengan Putera Andrew ...
Selam bebas didik minda lebih fokus, teroka keupayaan diri
Gaya Hidup

Selam bebas didik minda lebih fokus, teroka keupayaan diri

Selam bebas atau selam skuba adalah dua disiplin berbeza meskipun kedua-duanya membabitkan medium air dan kini semakin ramai rakyat Malaysia melakukan hobi yang dianggap agak mencabar, namun menyeronokkan. Selam bebas memerlukan fokus pada minda dan potensi diri. Foto kredit : Najah Athirah Mohamad Asri. Apa tidaknya, dunia bawah air menyediakan pelbagai pemandangan yang tidak mungkin dapat dilihat di daratan terutama hidupan laut seperti  ikan dan karang-karangan unik serta menakjubkan. Bagi Najah Athirah Mohamad Asri, selam bebas yang dilakukan sangat menarik perhatiannya meskipun aktiviti itu agak kurang sambutan di negara ini berbanding selam skuba yang lebih ramai penggiatnya. “Pada pengamatan saya, selam bebas (free dive) tidak begitu terkenal di negara kita, tapi s...
Fazura selamat lahirkan bayi perempuan, dedah nama selepas 7 hari
Gaya Hidup

Fazura selamat lahirkan bayi perempuan, dedah nama selepas 7 hari

Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin, 38 atau lebih dikenali dengan nama Miss Fazura  di Instagram selamat melahirkan bayi perempuan pada 2 Oktober bersamaan 14 Safar 1442. Kebahagiaan jelas terpancar pada wajah Fazura. Foto kredit: Instagram @missfazura Fazura mengumumkan berita gembira berkenaan menerusi laman sosial Instagramnya dengan menampilkan gambar hitam putih tangannya memegang tangan di kecil, namun tidak mengumukan nama si kecil yang juga cahaya mata sulungnya bersama pelakon Fattah Amin. https://www.instagram.com/p/CF1OWVclAYi/?utm_source=ig_web_copy_link Sehingga artikel ini ditulis dan si kecil bertuah berkenaan belum lagi diumumkan nama dan wajahnya, entry berkenaan sudah mendapat 387.107 tanda ‘Like.’ Bayangkan jika si kecil memili...