Saturday, December 21

Tag: zonasuri

Tremor menyerang dalam senyap
i-Sihat, Zona Didik

Tremor menyerang dalam senyap

Tremor, masalah tangan, anggota badan bergetar atau bergerak di luar kawalan mungkin jarang didengar, namun situasi ini memang berlaku bagi sesetengah individu terutama dewasa. Jangan abaikan jika tangan anda menggeletar tanpa dapat dikawal, anda mungkin mengalami tremor. (Gambar hiasan) Pakar Bedah Am & Hepatobiliari Hospital Pantai Sungai Petani, Dr Mohd Fahmey Sabudin berkata, Tremor merujuk kepada geletar, gegaran atau jenis gerakan tubuh yang bergetar dan tidak disengaja yang sering berlaku dalam kalangan warga emas.   “Tremor biasanya berlaku pada tangan, kaki atau badan menggeletar, pergerakan perlahan, otot tegang, masalah postur badan, ketidakseimbangan tubuh, masalah percakapan dan menulis. “Terdapat tiga jenis Tremor yang dikenal pasti dalam kerangka peruba...
i-Sihat

Pemeriksaan awal elak wanita daripada kanser serviks

Pada 2020, seramai 1,740 wanita  didiagnos menghidap kanser serviks atau pangkal rahim di Malaysia dan 991 kematian dicatatkan akibat kanser ini berdasarkan Globocon Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sekali gus meletakkan kanser serviks sebagai antara 10 jenis kanser paling tinggi menyerang rakyat negara ini. Bagaimanapun, kanser serviks dikatakan mampu dicegah sekiranya seseorang wanita itu melakukan pemeriksaan pap smear. Benarkah kenyataan itu? Pakar Pembedahan Laparoscopy dan Gynae-Oncology, Hospital Pantai Laguna Merbok Sungai Petani, Dr Mathews Joy Mathew berkata, setiap wanita perlu menjalani ujian pap smear bagi mengelakkan mereka terhindar daripada kanser serviks. Dr Mathews Joy Mathew, Pakar Pembedahan Laparoscopy dan Gynae-Oncology di Hospital Pantai Laguna Merbo...
Kasut MBT selesa untuk beriadah
Gaya Hidup, i-Sihat

Kasut MBT selesa untuk beriadah

Berlari atau berjalan laju sering menjadi pilihan warga Malaysia sebagai kegiatan sihat pada hujung minggu andai berkesempatan, namun ada juga yang jarang melakukannya kerana mengalami ketidakselesaan pada kaki akibat kasut tidak sesuai. Sehubungan itu, penting untuk individu memiliki kasut yang benar-benar selesa untuk dipakai ketika beriadah bagi menjamin keselesaan dan tiada kesan sampingan selepas melakukannya. Majlis pelncaran butik kasut MBT di TRX berlangsung meriah. Pengerusi Masai Barefoot Technology (MBT), Andy Chew berkata, pihaknya melakukan pelbagai kajian untuk mencipta kasut sesuai bagi kegunaan mereka yang gemar melakukan aktiviti larian dan yang seumpamanya. “Kami telah mengubah kehidupan melalui pergerakan dan mahu mengubahnya lebih lagi. Kasut kami dibuat un...
Pemeriksaan awal mampu selamatkan diri daripada kanser payudara
i-Sihat

Pemeriksaan awal mampu selamatkan diri daripada kanser payudara

Kanser payudara merangkumi 19 peratus daripada keseluruhan kanser  yang paling kerap dihidapi wanita di Malaysia dan ia juga adalah musuh paling digeruni wanita di seluruh dunia. Sehubungan itu, bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara baru-baru ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) mengadakan Kempen Perpaduan Merah Jambu 6600 di Stesen Sentral KL. Acara anjuran NCSM dengan kerjasama Duopharma Biotec itu dilancarkan oleh Pengarah Urusan NCSM, Prof Dr M Murallitharan. Turut hadir, Menteri Sumber Manusia; V Sivakumar, Ahli Parlimen Batu; P Prabakaran, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia; Dr Azizan Abdul Aziz, Ketua Eksekutif Komersial Duopharma Biotech Bhd; Wan Amir Jeffrey  dan Ketua Eksekutif HRD Corp; Datuk Wira Shahul Dawood. V Sivakumar dalam uca...
Tangani buasir dengan berkesan, jumpa pakar
i-Sihat

Tangani buasir dengan berkesan, jumpa pakar

Buasir sering dianggap tidak merbahaya dan tidak diberi perhatian sewajarnya apabila berlaku dalam kehidupan seharian walaupun keadaan itu perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak kesakitan berlaku. Pakar Bedah Am Hospital Pantai Laguna Merbok, Dr Husna Syakirah Ab Rahman, berkata terdpat dua jenis buasir yang lazim dialami iaitu buasir dalam dan buasir luar. Gambaran mengenai buasir dalam dan buasir luar. “Buasir adalah salur darah di dalam anus yang membengkak disebabkan oleh peningkatan tekanan di dalam salur darah di kawasan anus. ”Buasir dalam pula adalah bengkak salur darah yang berada atas pada garisan Dentate (Dentate line), manakala buasir luar adalah bengkak salur darah di bawah garisan dentate. Dr Husna berkata, buasir boleh terjadi kepada sesi...
Sophella’s Bakery bukti usia muda bukan halangan
Makan2Makan

Sophella’s Bakery bukti usia muda bukan halangan

Minat kadangkala boleh memacu individu menceburi bidang di luar dugaan kerana yakin dengan apa yang dilakukan selain berani menghadapi cabaran dalam dunia yang sentiasa mencabar ini. Umaira Sofiya, 23, memulakan Sophella's Bakery dari rumah dan kini memiliki ruang sendiri untuk meneruskan minat dalam bidang pastri. Umaira Sofiya Asfanizam, 23, antara individu yang cekal kerana walaupun berkelulusan bidang perakaunan (ACCA), beliau tekad menerjuni dunia ‘pastri’ lantaran minat mendalam terhadap disiplin berkenaan, Bermula dengan cinnamon roll yang dibakar di rumah dan dijual kepada rakan sekuliah, Sofiya akhirnya semakin banyak mendapat tempahan daripada mereka yang mengetahui beliau menjual pastri. Sofiya bersama soft cookies yang mendapat sambutan ramai dalam kalangan pengge...
Emax Beauty bantu wanita tampil cantik!
Citra Cantik

Emax Beauty bantu wanita tampil cantik!

Cantik dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah dambaan setiap wanita, namun kadang-kala untuk merawat keseluruhan badan memerlukan masa dan kekangan inilah yang membuatkan wanita bertangguh mengunjungi pusat kecantikan. Lebih parah, rawatan rambut tidak boleh disekalikan dengan rawatan kuku kaki kerana perlu membuat janjitemu di lain hari, tetapi situasi ini tidak akan berlaku jika anda mengunjungi Emax Beauty yang terletak di Pavillion Bukit Jalil. Wilson Lee dan isteri melancarkan pembukaan Emax Beauty di Pavillion Bukit Jalil, baru-baru ini. Ketua Pengarah Eksekutif  (CEO) EMAX Beauté, Wilson Lee, menekankan pihaknya mengambil keputusan mengadakan nilai tambah terhadap jenama kecantikan berkenaan sejajar dengan keperluan pengguna yang semakin meningkat selain menanga...
Sambal bilis, petai, ikan masin buat orang kempunan
Makan2Makan

Sambal bilis, petai, ikan masin buat orang kempunan

Keadaan lazim dialami apabila badan tidak sihat ialah selera makan menurun, mulut pahit dan makanan kegemaran sekali pun tidak berupaya membuatkan kita berasa mahu menelannya dengan mudah. Sambal Ikan Bilis Kempunan boleh dibeli secara dalam talian. Justeru lauk paling ingin dicari ialah ‘sambal’ kerana lauk ringkas berkenaan jarang mengecewakan sesiapa sahaja dalam apa jua situasi, bahkan ada yang berpendapat sambal adalah musuh ‘diet.’ Sampai begitu sekali kesan sambal terhadap penggemarnya dan sambal kempunan ini tentunya memiliki keistimewaan tersendiri sehingga ‘kempunan’ nama diberi. Afiza Kamarulzaman bersama produk sambal yang dihasilkan sendiri di rumahnya. Pengasas sambal kempunan, Afiza Kamarulzaman, 39, berkata pihaknya menawarkan Sambal Bilis Kempunan sebagai ...
Hospital Pantai Sungai Petani raikan anak yatim, warga emas
Budaya

Hospital Pantai Sungai Petani raikan anak yatim, warga emas

Deepavali sering mengingatkan kita terhadap kuih kesukaan ramai, muruku dan hiasan berwarna-warni daripada beras dinamakan ‘kolam,’ namun perayaan ini juga adalah hari untuk berkongsi kegembiraan antara sesama bangsa. Hiasan kolam memeriahkan sambutan Deepeavali bagi mereka yang meraikannya. Hospital Pantai Sungai Petani, baru-baru ini meraikan 65 anak yatim dan warga emas dari Rumah Kebajikan Anak Yatim Arutjyothi Vallalar Mandram dan Persatuan Kebajikan Gurunatha Aasramam. Ketua Pegawai Eksekutif HPSP, Tio Bee Chan berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang untuk membantu mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini. “Kami sentiasa komited menganjurkan program berbentuk kebajikan bagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat yang kurang bernasib baik sempena...
Ketahui risiko minum kopi ketika perut kosong
i-Sihat

Ketahui risiko minum kopi ketika perut kosong

Minum kopi sebahagian daripada cara hidup atau dalam erti kata lain, tabiat  minum kopi adalah budaya  seluruh dunia, namun persoalannya adakah kopi boleh diminum ketika perut kosong, terutama di waktu pagi? Kopi enak diminum, namun pastikan jangan diambil ketika perut kosong. (Hambar hiasan) Dietitian Kanan Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Ivy Cheah, berkata terdapat banyak bukti menunjukkan potensi manfaat kesihatan yang berkaitan dengan pengambilan kopi termasuk perlindungan terhadap diabetes tahap 2, barah hati dan pengurangan penyakit jantung. Walau bagaimanapun, persoalan sama ada minum kopi ketika perut kosong sering timbul; lebih-lebih lagi ketika individu berpuasa intermittent iaitu kombinasi berpuasa dan diselang-selikan dengan rutin pemakanan yang biasa dila...