Blog

Bina kreativiti si kecil dengan Mega Bloks Toys”R”Us
Zona Didik

Bina kreativiti si kecil dengan Mega Bloks Toys”R”Us

Permainan bongkah Mega Bloks yang diedarkan secara eksklusif di Toys"R"Us membantu meningkatkan perkembangan kognitif si kecil. (Gambar Toys"R"Us) KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Toys”R”Us, jenama permainan kanak-kanak terkenal, mendapati kira-kira 50 peratus ibu bapa di Asia meluangkan masa hanya satu hingga empat jam dalam seminggu untuk bermain dengan anak mereka. Berdasarkan Kajian Waktu Bermain Toys“R”Us itu, lebih 53 peratus daripada 22,000 responden terdiri daripada ibu bapa di Asia menyatakan bahawa mereka juga tidak mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai permainan bersesuaian dengan umur serta cara untuk bermain dengan anak-anak mereka. Di Malaysia, kajian sama yang dijalankan peruncit barang permainan, bayi dan pendidikan terkemuka itu, mendapati 33.4 peratus i...
Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?
Makan2Makan

Nasi punten sesuai untuk menurunkan berat badan?

Nasi punten hijau kegemaran Aslinda dan keluarga. KUALA LUMPUR: Nasi atau karbohidrat (karbo) sering dianggap sebagai musuh utama bagi individu yang ingin mengawal berat badan kerana karbo juga mengandungi gula yang akan membuatkan badan menjadi cepat gemuk. Memandangkan nasi mengandungi karbo yang tinggi, ramai menolak hidangan nasi dalam usaha menurunkan berat badan dan menggantikannya dengan melebihkan hidangan serat serta protein. Lebih menyukarkan keadaan, ada individu tidak boleh meninggalkan hidangan nasi dan perlu mengambilnya setiap hari walaupun mengetahui nasi adalah sumber karbo yang berupaya menjadikan berat badan naik. Dalam carta pengambilan makanan sihat seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Suku Suku Separuh, sama nilainya dengan suku (nasi), s...
Pelbagai jenis gaya aksesori cantik penyambung pelitup muka
Citra Cantik

Pelbagai jenis gaya aksesori cantik penyambung pelitup muka

Budaya norma baharu yang semakin serasi dengan masyarakat kini menyaksikan pelbagai fesyen pelitup muka dipakai setiap individu sejurus melangkah keluar dari kediaman untuk ke tempat kerja mahupun melakukan urusan harian. Tindakan berkenaan dilakukan bertujuan melindungi diri daripada jangkitan wabak COVID-19 selain penggunaan pelitup kini adalah wajib dan denda RM1,000 dikenakan pihak berkuasa sekiranya tidak memakai pelitup muka. Tidak hairanlah kini pelbagai fesyen pelitup muka dijual di pasaran, namun kebanyakannya ditawarkan dalam bentuk tali yang digantung di telinga, sekali gus menyukarkan pemakaian bagi wanita berhijab. Oleh itu, kini timbul pelbagai gaya penyambung pelitup muka (mask extension) di pasaran. Ada yang menggunakan bahan seperti getah atau plastik dan tidak kurang...
Pakej Merdeka Desaru Coast tawar penjimatan hebat!
Singgah Rehat

Pakej Merdeka Desaru Coast tawar penjimatan hebat!

Desaru Coast merangkumi pelbagai pusat peranginan dan taman tema di dalam kawasan seluas 3,900 ekar di perairan Johor. DESARU: Bagi mereka yang mencari destinasi pelancongan untuk seisi keluarga, apa kata berkunjung ke Desaru Coast Destination Resort (Desaru Coast) yang terletak di selatan tanah air. Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, permata di persisiran pantai selatan Semenanjung Malaysia itu menyediakan pelbagai tawaran terbaik bagi orang ramai yang pasti membuatkan sesiapa sahaja teruja Ketua Jualan dan Pemasaran Desaru Development Holdings One Sdn Bhd, Hoe Teck Wei, berkata Desaru Coast menawarkan pelbagai penjimatan unik sama ada pakej penginapan, aneka premis makanan mahupun pengalaman menyeronokkan di Adventure Waterpark. “Jika ada satu desti...
5 sebab mengapa perlu kerap membasuh tangan
i-Sihat

5 sebab mengapa perlu kerap membasuh tangan

Wajib membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (Gambar kredit Eat This, Not That) KUALA LUMPUR: Makan menggunakan tangan antara budaya masyarakat Timur khususnya di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand. Oleh itu, membasuh tangan terutama sebelum makan atau selepas mengguna tandas bukan sesuatu yang baharu dalam masyarakat di negara ini. Ada juga sesetengah masyarakat yang ‘malas’ membasuh tangan sebelum makan kerana beranggapan tangan mereka agak bersih kerana tidak nampak kotoran yang nyata. Bagaimanapun dalam keadaan ketika ini terutama ketika wabak COVID-19 masih lagi menjadi ancaman, membasuh tangan sama ada sebelum atau selepas makan wajib dijadikan norma baharu. Sejak penularan wabak COVID-19 di kesan di Malaysia pada 23 Januari lalu, Kementerian Kesi...
Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka
Citra Cantik

Dapatkan syiling emas Habib edisi terhad Merdeka

Datuk Seri Meer (lima dari kanan) menunjukkan syiling emas habis edisi terhad Merdeka. AMPANG: Bersempena dengan bulan Kemerdekaan ini, jenama barang kemas tempatan, Habib mengeluarkan syiling emas edisi terhad Merdeka seberat 0.2 gram yang direka khas oleh pereka jenama terkenal itu. Syiling edisi terhad itu dijual di semua cawangan Habib di seluruh negara pada harga serendah RM118 dan amat sesuai bagi pengumpul syiling yang ingin mengabadikan sambutan bulan Kemerdekaan ke-63 pada 2020 ini. Syilis emas edisi terhad Merdeka yang dikeluarkan Habib bersempena dengan sambutan bulan Kebangsaan 2020. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata pelancaran syiling emas eksklusif di Habib itu amat bermakna bagi kumpulan Habib yang juga antara jenama tempatan pa...
Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita
Citra Cantik

Coli Fit Smart 2.0 Triumph ikut bentuk badan wanita

Coli baharu Smart Fit Triumph memberi kelenturan sempurna apabila dipakai. (Gambar kredit Triumph) KUALA LUMPUR: Jenama pakaian dalam terkemuka, Triumph yang menjadi teman setia setiap wanita sejak 1886, memperkenalkan coli Fit Smart terbaharu yang dikenali sebagai Fit Smart 2.0. Produk itu yang mula berada di pasaran Ogos ini, dicipta berdasarkan keperluan wanita sepenuhnya terutama dengan sentuhan kewanitaan baharu seperti renda dan jahitan yang ditempa khas bagi menyokong dan mengikut bentuk tubuh. Rekaan unik itu adalah tanda pengenalan teknologi 4 Dimensi (4D) yang sinonim dengan Triumph bagi menjamin pemakaian lebih selesa dan sempurna. Selain itu, mangkuk coli busa regangan 4D turut digunakan untuk lebih keselesaan dan fleksibiliti. Coli tanpa dawai cita rasa wanita ...
Skon beri biru sesuai untuk minum petang
Makan2Makan

Skon beri biru sesuai untuk minum petang

DAMANSARA: Beri biru bukan sahaja enak dimakan mentah atau dijadikan salad buah-buahan, buah berwarna ungu pekat itu juga sering menjadi antara bahan penting dalam pembuatan skon atau kek. Chef Selebriti yang juga pengasas SukaSucre Bistro, Chef Datuk Fazley Yaakob berkata, beliau sudah mengenali beri biru sejak kecil ketika kedua-dua ibu bapa menetap di New Zealand lebih 30 tahun lalu. Chef Datuk Fazley Yaakob bersama skon beri biru yang dihasilkan dengan menggunakan beri biru US Highbush. Foto: Arkib Zona Suri. “Ketika itu, arwah bapa menuntut di sana dan saya sudah terdedah dengan buah beri yang boleh dimakan begitu sahaja, malah dengan khasiat yang dimilikinya, beri biru antara buah yang enak untuk dimasukkan ke dalam salad. “Saya juga membawa beri biru ketika mendaki Gunu...
Lagu duet Selena Gomez  dengan BlackPink dilancar 28 Ogos 2020!
Gaya Hidup

Lagu duet Selena Gomez dengan BlackPink dilancar 28 Ogos 2020!

KUALA LUMPUR: Peminat kumpulan sensasi Korea Selatan, BlackPink dan Selena Gomez pasti teruja apabila kedua-duanya bakal bergabung menerusi lagu baharu yang bakal dilancarkan pada 28 Ogos 2020! Kerjasama itu diumumkan Selena dan BlackPink menerusi laman media sosial masing-masing, baru-baru ini. Lagu yang tidak dinyatakan judulnya itu boleh dimuat turun menerusi pautan http://smartul.it/SELPINK. Selena yang nyata teruja dengan kerjasama itu kini juga sibuk dengan program masakannya menerusi kerjasama dengan beberapa chef terkenal. "Saya amat gembira untuk mengumumkan @BlackPinkOfficial dan saya akan berduet menerusi satu lagu yang akan diterbitkan pada 28 Ogos ini," katanya. https://www.instagram.com/p/CDxLvwujuAQ/?utm_source=ig_web_copy_link BlackPink yang baru menerbitk...
Cara mudah mengenal pasti ketulenan madu
i-Sihat

Cara mudah mengenal pasti ketulenan madu

KUALA LUMPUR: Madu mempunyai pelbagai khasiat sama ada untuk kesihatan mahupun kecantikan. Bagaimanapun, tidak semua madu yang ada di pasaran asli kerana kebanyakannya sama ada dicampur gula ataupun diperbuat daripada gula. Ada yang mengatakan madu yang tidak asli akan dikeremuni semut kerana kandungan gula, manakala madu asli tidak akan didekati semut. Di Malaysia, madu asli dihasilkan oleh dua jenis lebah iaitu lebah madu (lebah) dan lebah kelulut (kelulut). Lebah madu adalah lebah yang menyengat (stinging bee), manakala lebah kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee). Kajian beberapa penyelidik tempatan antaranya penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail mendapati madu bukan sahaja boleh mengurangkan batuk, tetapi juga...