Saturday, May 10

Blog

Rakam gambar menarik di Sky Mirror, Kuala Selangor
Singgah Rehat

Rakam gambar menarik di Sky Mirror, Kuala Selangor

Sky Mirror menghasilkan gambar pantulan langit yang cukup unik. (Gambar Zona Suri) KUALA SELANGOR: Hakikatnya di Malaysia juga mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menjanjikan pelbagai pemandangan indah. Antaranya Pulau Cermin atau lebih dikenali sebagai Cermin Langit (Sky Mirror) yang terletak di perairan Kuala Selangor. Pulau misteri itu yang hanya mempunyai dataran pasir seluas kira-kira 1 kilometer persegi asalnya sering dijadikan tempat nelayan untuk berehat sejak puluhan tahun lalu. Kebanyakan nelayan menggelar pulau unik itu Pulau Sasaran tanpa mengetahui nilainya yang mampu membuka peluang pekerjaan dan pendapatan baharu bagi penduduk tempatan. Ada nelayan yang mengatakan pulau itu sudah mula ditemui sejak 1960-an, namun hanya beberapa tahun kebelakangan ini dij...
Mira Filzah selamat diijab kabul dengan Wan Emir
Ekstra Feminin

Mira Filzah selamat diijab kabul dengan Wan Emir

Majlis pernikahan Mira Filzah dengan pasangannya, Wan Emir. (Kredit YouTube TV3)) KUALA LUMPUR: Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH ke-32),Mira Filzah, 27, selamat diijabkabulkan sebentar tadi dengan jejaka pilihannya, Wan Emir Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30 di hadapan keluarga terdekat dan kira-kira 250 jemputan.   Selepas muncul bersama-sama buat pertama kali dengan jejaka berkenaan pada majlis resepsi Farah Nabilah, gossip mengenai majlis pernikahannya yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, bertiup kencang. Bagaimanapun, Mira Filzah mengakhiri teka-teki mengenai tarikh pernikahannya apabila mengesahkan akan mengakhiri zaman gadisnya dengan Wan Emir menerusi akaun Instagramnya jam 5 petang tadi. https://www.instagram.com/p/CEq5hy_...
Manisnya Aisha Amaira, iras wajah Fasha Sandha dan Aidil
Ekstra Feminin

Manisnya Aisha Amaira, iras wajah Fasha Sandha dan Aidil

Baru berusia sebulan, Aisha Amaira sudah pandai tersenyum. (Gambar kredit Instagram @fashasandha) Kuala Lumpur: Wajah comel anak ketiga pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz, 2020 kian mencuri tumpuan warganet apabila setiap hantaran mengenai Aisha dalam akaun Instagram peribadi Fasha mendapat ratusan ribu ‘Like’. Gambar bayi yang dinamakan Aisha Amaira itu pertama kali dikongsi Fasha Sandha pada hari kelahirannya iaitu pada 7 Ogos 2020 dan sehingga kini berjaya mendapat 224,332 tanda ‘Like’. https://www.instagram.com/p/CDlUcyKFPk0/?utm_source=ig_web_copy_link Kebanyakan warganet berpendapat Aisha yang dilahirkan di Pusat Perubatan UMRA, Shah Alam mewarisi wajah Aidil, namun mempunyai mata secantik Fasha Sandha. Perkongsian terkini Fasha Sandha yang memaparkan video Aisha ...
Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan
Makan2Makan

Daging salai masak lemak cili padi undang selera makan

Masakan Negeri Sembilan atau disebut Nismilan sentiasa mengingatkan kita kepada kepedasan yang boleh membuatkan telinga berdesing kerana terlalu pedas, namun semakin pedas semakin sedap pula rasanya. Daging salai masak lemak cili padi boleh membuatkan selera bertambah. Foto: Zona Suri. Benarlah kata sesetengah individu ‘pedas’ sentiasa mengundang selera makan sehingga kadang kala terlupa sudah dua kali nasi ditambah ke dalam pinggan. Paling menarik perhatian mengenai masakan Nismilan ialah bawang bukan bahan utama jika ingin menyediakan menu daging salai masak lemak cili padi dan ada juga yang memilih menggunakan ikan keli salai. Hakikatnya, walaupun tiada bawang dan hanya memerlukan empat bahan utama, iaitu santan, serai, cili padi dan kunyit, menu berkenaan tetap berjaya men...
Maggi Sah Malaysia, mengimbau kenangan menerusi makanan
Gaya Hidup

Maggi Sah Malaysia, mengimbau kenangan menerusi makanan

KUANG: MAGGI® mendorong rakyat Malaysia berkongsi semangat membantu mereka yang memerlukan sekali gus mengetengahkan kecekalan mereka yang sentiasa bersedia menghulurkan bantuan menerusi makanan. Geeta dan Juan ketika melancarkan Kempen Maggi Sah Malaysia, di Kuang. Foto: Zona Suri. Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia Berhad), Geetha Balakrishna berkata, masakan adalah sebahagian elemen penting dalam kehidupan rakyat Malaysia dan MAGGI berbangga kerana berpeluang menyokong selama hampir 50 tahun dalam menyediakan sajian makanan sendiri yang enak dan seimbang. “Hampir semua orang mempunyai memori MAGGI® yang boleh dikongsi bersama, sama ada sajian pertama yang mereka masak, sajian ringkas yang merapatkan hubungan dengan orang tersayang atau masakan rumah yang me...
Taman tema Upin Ipin dibuka di Johor pada 2022
Singgah Rehat

Taman tema Upin Ipin dibuka di Johor pada 2022

Meer (kanan) dan Burhanuddin ketika majlis pelancaran syiling emas Habis edisi terhad Upin dan Ipin. (Gambar Zona Suri) PUTRAJAYA: Impian untuk melihat taman tema yang diinspirasikan daripada dua watak kartun paling popular di Malaysia, Upin dan Ipin bakal direaliasikan apabila dijangka siap pada 2022. Apabila siap kelak, orang ramai berpeluang untuk membawa anak-anak menikmati pelbagai permainan menyeronokkan dengan berilhamkan watak-watak dalam siri animasi popular itu. Pengarah Urusan Produksi Les’ Copaque Sdn Bhd (Les’ Copaque), Burhanuddin Md Radzi, berkata Taman Tema Upin Ipin yang bakal dibuka di Johor Bahru itu kini dalam proses rundingan dengan pelbagai pihak. “Saya belum boleh dedahkan butiran lanjut kerana kami masih dalam proses perbincangan, namun insya-Allah tama...
Ketahui 5 cara makan enak tanpa garam
i-Sihat

Ketahui 5 cara makan enak tanpa garam

Berapa banyak garam terkandung dalam makanan sebegini? Foto: Zona Suri. Memasak tanpa garam boleh diibaratkan seperti lagu tanpa irama kerana semuanya akan terasa tawar dan hambar, namun bagi individu yang berhadapan masalah hipertensi atau darah tinggi, mereka tentunya mampu untuk menikmati makanan tanpa garam bagi mengelakkan risiko yang lebih teruk terhadap penyakit dialami.. Tidak dinafikan garam agen penyedap dalam masakan atau makanan yang dimakan, namun sedarkah kita natijah daripada pengambilan garam berlebihan? Bukan tidak boleh mengambil garam di dalam makanan yang dimakan setiap hari, namun kita perlu tahu jumlah yang sepatutnya boleh diambil bagi mengelakkan kesihatan terjejas oleh bahan yang masin itu. Terdapat pelbagai jenis garam di pasaran seperti seperti garam...
Kerjasama unik Habib dan Upin Ipin sempena kempen Merdeka
Gaya Hidup

Kerjasama unik Habib dan Upin Ipin sempena kempen Merdeka

Syiling emas 24K Habib dengan kolaborasi animasi terkenal, Upin dan Ipin. (Gambar Zona Suri) PUTRAJAYA: Pengeluar barangan kemas tempatan, Habib, meneruskan inisiatif menyokong jenama tempatan menerusi kempen #SokongLokal apabila bekerjasama dengan watak animasi terkenal, Upin dan Ipin bersempena dengan sambutan Merdeka ini. Menerusi kerjasama hebat itu, Habib melancarkan syiling emas 24K edisi terhad Upin dan Ipin seberat 0.2 gram yang dijual pada harga RM118. Syiling emas  itu boleh didapati di semua cawangan Habib, selain orang ramai juga boleh berkunjung ke Pameran Merdeka Habib di Ruang Utama IOI City Mall Putrajaya dari 27 Ogos hingga 6 September 2020. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, berkata kerjasama dengan Les’ Copaque Sdn Bhd (Les’ Cop...
Mitsui Outlet Park KLIA tawar RM350,000 baucar membeli-belah
Gaya Hidup

Mitsui Outlet Park KLIA tawar RM350,000 baucar membeli-belah

Antara pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama baucar RM500. (Gambar Zona Suri) SEPANG: Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-5 Mitsui Outlet Park KLIA (MOP KLIA), jenama pusat beli-belah dari Jepun yang menyediakan pelbagai produk pekilang itu menawarkan baucar membeli-belah bernilai sehingga RM350,000! Pengunjung bertuah pusat beli-belah yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu juga boleh memenangi lebih 5,000 hadiah sepanjang promosi hebat itu yang diadakan bermula 24 Julai lalu sehingga 31 Ogos 2020. Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development Sdn Bhd, TJ Cheah, berkata pihaknya menganjurkan pelbagai acara menarik sepanjang Ogos ini bagi menghargai pengunjung MOP KLIA yang mula dibuka lima tahun lalu. “Kami meraikan pencapaian...
Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon
Ekstra Feminin

Ratu Malaysia Universe 2019 sedia terima tawaran berlakon

Shweta akan mengakhiri tugasnya selaku Ratu Malaysia Universe 2019, September ini. KUALA LUMPUR: Ratu Malaysia Universe 2019, Shweta Sekhon tidak teragak-agak untuk menerima tawaran berlakon sekiranya skrip yang ditawarkan bersesuaian dengan dirinya. Shweta yang bakal mengakhiri tugas rasminya selaku ‘Duta Malaysia’ pada 5 September 2020 berkata, beliau bersedia untuk mencuba bidang lakonan bagi mencabar dirinya. “Ketika ini saya agak sibuk dengan pelbagai tugasan rasmi selaku Ratu Malaysia Universe, tetapi selepas ini saya ingin mencuba pelbagai bidang termasuk lakonan. “Saya sedia mempertimbang tawaran dalam bidang itu jika ada watak yang bersesuaian, tetapi bidang ini sesuatu yang baharu bagi saya dan banyak yang perlu saya belajar,” kata wanita jelita ini ketika ditemui pa...